1.TEMA
- Isu utama atau persoalan pokok dalam sesebuah karya sastera.
- Merupakan bentuk pemikiran pengarang yang ingin disampaikan melalui karyanya.
2. PERSOALAN
- Isu atau pemikiran sampingan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam karya di samping tema
- Dapat dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam karya
- Terdapat lebih daripada satu persoalan
3. NILAI
- unsur ketinggian pekerti yang dapat dikesan oleh pembaca terhadap tindakan watak.
4. PENGAJARAN
- unsur teladan dan mesej yang dikesan oleh pembaca berdasarkan peristiwa berlaku dan tindakan watak.
5. NADA
- perasaan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera yang berbentuk puisi terutamanya sajak
- contoh : nada sedih, marah, cinta, patriotik dan lain-lain
6. BENTUK
- pola, struktur atau susunan kata-kata dalam sesebuah karya puisi
7. RIMA
- persamaan bunyi suku kata terakhir antara dua baris atau lebih dalam karya puisi
- rima akhir : persamaan pada akhir baris puisi
- rima tengah : persamaan pada tengah baris puisi
8. GAYA BAHASA
- pemilihan dan susunan kata-kata yang digunakan oleh penulis
- terdapat beberapa unsur pemilihan dan susunan kata yang biasa digunakan
a) Diksi - pemilihan dan penggunaan kata sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karyanya
b) Hiperbola - perbandingan atau perlukisan melampau [suaranya bagaikan singa, kesabaran suaminya itu meledak..]
c) Metafora - bentuk gaya bahasa kiasan atau perbandingan diungkapkan secara terus menggunakan dua perkataan yang berlainan maksud. Dari segi makna, dua perkataan itu membawa satu makna.
d) Anafora - unsur perulangan kata pada awal baris dalam puisi
e) Epifora - unsur perulangan kata pada akhir baris dalam karya puisi
f) Repitasi - gaya bahasa perulangan dalam karya prosa. Contohnya, perulangan kata dalam satu ayat, perulangan kata serta perulangan ayat dalam perenggan.
g) Inversi - susunan kata dalam ayat yang tidak mengikut susunan yang biasa atau dikenali juga dengan susunan kata terbalik
h) Simile - gaya bahasa perbandingan dengan mengguanakn kata banding seperti, bak, bagai, umpama dan seumpamanya
i) Personafikasi - pemberian sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau perbuatan kepada objek-objek lain
9) LATAR
- ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang mendasari sesuatu peristiwa dalam karya
- menjadikan sesuatu persitiwa lebih konkrit, realistik dan tidak kosong.
a) Latar Masa - ruang zaman, musim, hari atau waktu sesuatu peristiwa berlaku. Dapat dikesan melalui penceritaan penulis, dialog watak atau gambaran suasana.
b) Latar Tempat - terdiri daripada perlukisan tempat semulajadi dari segi geografi dan semulajadi seperti bukit, hutan, sungai, laut atau tempat yang menggambarkan ciri-ciri budaya seperti rumah, masjid, padang, istana dan sebagainya
c) Latar Masyarakat - ciri-ciri sesebuah masyarakat yang terdapat dalam sesebuah cerita. Dapat dikesan melalui penceritaan penulis, tindakan serta pemikiran watak-watak dalam cerita berkenaan.
10) PLOT
- jalinan atau hubungan peristiwa dalam sesebuah karya prosa berdasarkan hukum sebab dan akibat
- Sesuatu peristiwa yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya satu peristiwa lain yang lebih rumit atau sebaliknya
- empat peringkat utama :
a) Permulaan / eksposisi - penulis mendedahkan watak, latar dan juga masalah yang dialami oleh watak berkenaan, namun peringkat ini tidak semestinya berada pada permulaan cerita.
b) Perkembangan / perumitan - konflik dan ketegangan telah timbul di antara watak dengan watak utama. Merupakan peringkat paling panjang kerana semakin panjang cerita tersebut, konflik menjadi semakin rumit.
c) Konflik - pertentangan antara watak dengan watak lain atau antara watak dengan alam dan haiwan akibat daripada sesuatu permasalahan yang timbul. Wujudnya rentetan peristiwa. Ia juga menimbulkan unsur-unsur ketegangan dalam cerita
d) Kemuncak / klimaks - peringkat akhir konflik dan ketegangan kerana konflik antara watak dengan watak utama mencapai peringkat paling tegang dan rumit. Selepas peringkat ini, sebahagian besar atau semua konflik selesai
e) Pengakhiran / antiklimaks - peringkat penyelesaian konflik dan ketegangan mulai hilang. Biasanya terdapat pada bahagian akhir cerita dan perkembangannya agak pendek
11) TEKNIK PENCERITAAN
- cara atau kaedah seseorang penulis menyampaikan cerita dalam karya prosa. Terdapat 4 kaedah :
a) Pemerian - teknik yang paling tua dan paling banyak digunakan. Penulis telah bercerita secara langsung tentang apa sahaja sama ada peristiwa, watak dan perwatakan atau latar cerita tersebut
b) Dialog - percakapan dua orang watak atau lebih akan berbalas kata. Pembaca akan dapat mengetahui sesuatu peristiwa, watak dan perwatakan serta latar melalui dialog antara watak
c) Monolog Luaran - percakapan watak dengan dirinya sendiri dengan mengeluarkan suara sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja.
d) Mololog Dalaman - percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri dan tidak mengeluarkan suara
12) TEKNIK PLOT
- cara atau kaedah seseorang penulis menyusun peristiwa dalam karya prosa untuk menentukan bahawa plot sesebuah cerita mengikut kronologi atau tidak
a) Imbas Kembali - penceritaan semula sesuatu peristiwa yang pernah berlaku pada masa lepas. Boleh diimbas secara langsung melalui pemerian penulis atau secara tidak langsung melalui pemikiran atau dialog watak
b) Imbas Muka - bayangan peristiwa yang akan berlaku dan wujud dalam fikiran atau minda watak dalam bentuk angan-angan, mimpi atau jangkaan watak itu
c) Kejutan - peristiwa yang berlaku secara tidak disangka-sangka sama ada oleh pembaca atau watak
d) Suspens - keadaan tegang atau cemas dalam sesuatu peristiwa yang dirasakan oleh pembaca atau watak dalam cerita yang mengalami peristiwa berkenaan
13) WATAK
- pelaku atau pelakon dalam sesebuah cerita
- terdiri daripada manusia biasa, binatang, benda ataupun makhluk lain seperti jin, peri, raksasa dan sebagainya
a) Watak Utama - Watak yang menjadi tumpuan dan berperanan penting dari awal hingga akhir cerita
b) Watak Sampingan - Watak pembantu yang membantu watak utama dalam membangunkan sesebuah cerita.
c) Watak Protagonis - watak baik atau watak putih dan berpegang pada kebenaran
d) Watak Antagonis - watak jahat atau watak hitam dan menjadi penentang terhadap nilai hidup watak protagonis
e) Watak Bulat/bundar - memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik
f) Watak Dinamik - Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya mengikut perkembangan cerita
g) Watak Pipih - diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Kalau mulanya jahat, sampai habis cerita masih jahat.
h) Watak Statik - Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita
14) PERWATAKAN
- gambaran dan sifat yang dimiliki oleh watak yang boleh dilihat daripada aksi atau dialog yang digarap oleh pengarang
0 comments:
Post a Comment