Blogroll

Tuesday, February 18, 2020

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

BY Eppy Sensei IN No comments


SET INDUKSI :


MEMBACA PANTUN DENGAN INTONASI


MAKSUD RANGKAP 1

Masa depan dan pencapaian seseorang adalah berkait rapat dengan sikap dan sifat semula jadinya.

MAKSUD RANGKAP 2

Orang yang malas dan tidak mahu berusaha tidak akan mampu mengubah nasib dirinya.

MAKSUD RANGKAP 3

Setiap orang mempunyai pandangan dan penilaian yang berbeza tentang sesuatu atau seseorang. Oleh sebab itulah seseorang yang ada kekurangan tetap mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.

MAKSUD RANGKAP 4

Orang yang malas berusaha tidak akan mampu merasai kesenangan hidup seperti orang lain.

MAKSUD RANGKAP 5

Perangai dan sifat individu adalah berbeza dalam menjalani kehidupan. Orang yang mahukan kejayaan akan melakukan pelbagai pekerjaan serentak dan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada.


TEMA

Pelbagai nasihat tentang kehidupan manusia.

PERSOALAN

  1. Sifat seseorang akan menentukan taraf hidupnya.
  2. Kepentingan berusaha demi meningkatkan taraf hidup.
  3. kepentingan kegigihan dalam mencapai cita-cita.

UNSUR BUNYI

  • Asonansi perulangan vokal 'a' - Malas bergerak tidak merasa (rangkap 4, baris 2)

  • Aliterasi perulangan konsonan 't' - Sejauh lutut dengan pelipat (rangkap 1, baris 2)

BENTUK

  1. Bilangan rangkap - 5
  2. Bilangan baris - 2 baris dalam satu rangkap
  3. Bilangan kata - 3 hingga 5 kata dalam satu baris
  4. Bilangan suku kata - 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris
  5. Skema rima akhir - terikat, semua aa

NADA

SINIS - Menggambarkan suasana hati yang tidak tenang dengan nada rendah dan perlahan, kadang-kadang diselangi suara yang tinggi tetapi tajam menusuk hati.

GAYA BAHASA

  1. Responsi - Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat
  2. Perbandingan - Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat
  3. Paradoks - Sungguh hitam dipandang lawa
  4. Imej Alam - Pucuk kawa, buah sintang, buah senikul
  5. Repetisi - Buah sintang buah senikul

NILAI

  1. Kegigihan - Gigih berusaha tanpa mengenal penat dan lelah
  2. Kerajinan - Rajin berusaha demi mengubah nasib diri
  3. Kesederhanaan - Tidak terlalu menurut kata hati hingga merosakkan diri sendiri
  4. Rasional - Sedar bahawa jika kita malas, kita akan hidup melarat
  5. Tanggungjawab - Masa depan kita terletak pada tangan kita sendiri

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah mengubah sikap buruk agar dapat mengubah nasib diri sendiri.
  2. KIta hendaklah berusaha dengan gigih untuk memajukan hidup kita.
  3. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap diri dan masa depan.
  4. Kita haruslah sedar bahawa hanya diri kita yang mempu mengubah nasib kita
  5. kita tidak boleh membiarkan rasa malas menguasai diri sehingga diri kita alpa.









0 comments:

Post a Comment