Blogroll

Tuesday, February 18, 2020

SYAIR POHON BULUH

BY Eppy Sensei IN No comments



SET INDUKSI


MELAGUKAN SYAIR



MAKSUD RANGKAP 1

Keutuhan dan kerjasama sesebuah bangsa tanpa mengira pangkat dan darjat sangat penting demi mencapai matlamat bersama. Ikatan yang utuh ini sama seperti pohon buluh yang hidup dalam serumpun dan saling menyokong antara satu sama lain tanpa mengira pangkat.

MAKSUD RANGKAP 2

Dedaun buluh ibarat kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncaknya. Dedaun itu juga melambangkan semangat berpasukan dan saling membantu yang membolehkan kita mencapai kejayaan bersama. Kejayaan hasil semangat berpasukan itu ialah jasa semua orang tanpa mengira pangkat dan darjat.

MAKSUD RANGKAP 3

Kekuatan dan keutuhan pohon buluh  diibaratkan kekuatan dan keteguhan sesebuah bangsa. Dasar dan asas pegangan sesebuah masyarakat dan bangsa yang kuat akan mendatangkan kejayaan. Keteguhan sesebuah bangsa hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak dalam sesebuah negara itu hidup bersatu padu.

MAKSUD RANGKAP 4

Pentadbiran yang lancar dan persepakatan yang kuat amat penting untuk menjamin kestabilan sesebuah bangsa dan negara agar tidak mudah diterobos oleh musuh negara. Persepakatan ini harus hadir bersama sikap toleransi dan saling mempercayai anatar satu sama lain.

TEMA

Kekuatan dan keutuhan hidup bersatu padu dalam sesebuah masyarakat.

PERSOALAN

  1. Kepentingan bersatu padu untuk mengelakkan pencerobohan musuh
  2. Persepakatan dalam masyarakat tanpa mengira pangkat
  3. Perpaduan teras keutuhan sesebuah bangsa
  4. Tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan negara.

UNSUR BUNYI

  1. Asonansi perulangan vokal 'a' - Yang ada pula bersama gara (rangkap 2, baris 4)
  2. Aliterasi perulangan konsonan 'n' - Menara tinggi banyak bertingkat (rangkap 1, baris 1)

BENTUK

  1. Bilangan rangkap - 4 rangkap
  2. Bilangan baris - 4 baris dalam satu rangkap
  3. Bilangan kata - 4 hingga 6 kata dalam satu baris
  4. Bilangan suku kata - 9 hingga 13 suku kata dalam satu baris
  5. Skema rima akhir - Terikat (aaaa)

GAYA BAHASA

  1. Kata ganda - Yang ada pula panji-panji bendera
  2. Responsi - Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula panji-panji bendera
  3. Inversi - Yang sedia ada panji-panji bendera 
  4. Simile - Gelapnya di dalam seperti malam
  5. Sinkope - Ikat tingkatnya tak nampak alam
  6. Simpulan bahasa - mata-mata (penjaga)

NILAI

  1. Kerjasama - berkerjasama dalam setiap pekerjaan yang dilakukan tanpa mengira pangkat.
  2. Hormat -menghormati - Tidak berpecah belah dan saling menghormati antara kaum yang berbeza.
  3. Semangat bermasyarakat - Mencapai kata sepakat dalam usaha menjulang nama bangsa dan negara
  4. Tanggungjawab - Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan dan perpaduan negara.
  5. Patriotisme - Cinta akan negara dan bangsa sanggup mengetepikan kepentingan diri demi kebaikan bersama.

PENGAJARAN

  1. Kita mestilah bersama-sama menjaga keutuhan dan kestabialn negara
  2. KIta hendaklah bekerjasama dalam setiap perkara tanpa mengira pangkat untuk mencapai matlamat yang digariskan.
  3. Kita hendaklah hidup dengan bersatu padu dan saling membantu agar kita boleh mencapai kejayaan bersama.
  4. Kita haruslah melaksanakan tanggungjawab terhadap pembangunan dan perpaduan negara 
  5. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara dengan sepenuh hati
  6. Kita hendaklah sepakat dan sentiasa menjaga keharmonian hubungan antara kaum demi kesejahteraan negara.


0 comments:

Post a Comment