Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Dalam novel ini, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Pertama, sikap bertanggungjawab telah ditunjukkan melalui peristiwa ketika Tauke Ong melaksanakan tanggungjawabnya mengurus dan menjaga kelapa sawit, kebun getah dan akaun bank dengan jujur dan amanah. Tauke Ong juga menyerahkan amanah tersebut kepada jiran serta sahabatnya, Haiqal, ketika dia sampai ke kampung tersebut. Tauke Ong berharap Haiqal dapat membantunya menguruskan kebun kelapa sawit tinggalan arwah ayahnya itu. Haiqal cuba membantu abang Bidin dan abang Salleh menguruskan kebun kelapa sawit bagi menimba pengalaman. Peristiwa Tauke Ong menyerahkan wang simpanan hasil kebun getah dan kelapa sawit kepada Haiqal seperti yang diamanahkan oleh arwah Cikgu Abdullah Kayan kepadanya menunjukkan TAuke Ong seorang yang sangat bertanggungjawab.
Selain itu, sikap bertanggungjawab juga dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal berbincang dengan penggiat tarian zapin seperti Pak Cik Bakar tentang usahanya mahu menghidupkan semula kegemilangan kumpulan tarian yang dimulakan oleh arwah ayahnya. See Hwa mengulangi amanat arwah ayah Haiqal supaya dia dapat meneruskan impian ayahnya menubuhkan Akademi Sastera Rakyat (Aksara). Hampir setiap malam, mereka berlatih zapin kerana Haiqal bersungguh-sungguh mahu memikul tanggungjawab yang telah ditinggalkan oleh ayahnya. Peristiwa ini menunjukkan Haiqal bertanggungjawab untuk meneruskan amanah arwah ayahnya untuk menghidupkan semua kumpulan tarian zapin.
0 comments:
Post a Comment