Blogroll

Friday, February 21, 2020

CERPEN OREN

BY Eppy Sensei IN 5 comments


SET INDUKSI

SINOPSIS

TEMA

Kepentingan nilai kasih sayang anatar manusia dan haiwan

PERSOALAN

  1. Kesedaran bahawa haiwan juga mempunyai perasaan
  2. Sikap pilih kasih yang menyebabkan kesedihan
  3. Hubungan baik antara haiwan dan manusia
  4. Konflik antara haiwan akibat sikap manusia
  5. Sikap bertanggungjawab untuk menebus kesalahan

WATAK DAN PERWATAKAN

AYAH (watak utama)

  • Bertanggungjawab - Ayah membawa Oren pulang dan dibela dengan baik setelah dia melanggar mati ibu Oren. (muka surat 33 - 34, ilustrasi 7)
  • Prihatin - Ayah mula menyedari bahawa Oren mungkin merajuk dengannya kerana melebihkan Kelabu. (Muka surat 35, ilustrasi 5)
  • Penyayang - Ayah menyayangi Oren dan Kelabu dan dijaga seperti membela anak-anaknya sendiri. (muka surat 37)
  • Pilih kasih - ayah mula bersikap pilih kasih apabila Kelabu lebih pandai menarik perhatiannya dan mengabaikan Oren. (muka surat 37, ilustrasi 8)
  • Insaf akan kesalahannya - Ayah sedar bahawa dia telah mengabaikan Oren dan dia berjanji akan melayan Oren sebaik mungkin apabila ia pulang ke rumah nanti. ( muka surat 37)

WATAK SAMPINGAN

OREN
  • Tidak pandai bermanja - Oren tidak tahu menunjukkan kemanjaannya dalam keluarga Ayah. ( muka surat 33 - 34)
  • Pandai merajuk - Oren merajuk dan membawa diri apabila mula disisihkan oleh ayah sejak kehadiran Kelabu di rumah mereka. (muka surat 34)
  • Yatim piatu - Ibunya dilanggar mati oleh ayah dan dibela oleh ayah sekeluarga. ( muka surat 35, ilustrasi 6)
  • Pandai membawa diri - Oren menunjukkan sifat yang baik termasuklah tidak berebut makanan dengan Kelabu. (muka surat 37, ilustrasi 9)
  • Suka menyendiri - Oren lebih suka menyendiri. (muka surat 37)
  • Pendiam dan pasif - Oren lebih banyak berdiam. (muka surat 37)
  • Pembersih - Oren tidak membuang najis di merata-rata tempat. ( muka surat 38, ilustrasi 10)
KELABU

  • Suka mengambil kesempatan
  • Bijak mengambil hati tuannya 
  • manja
  • jinak
  • pengotor
AKU

  • Prihatin
  • Pandai menjaga hati
  • Penyayang

AZURA

  • Suka akan kucing
  • Prihatin
  • Pandai menjaga hati
  • Penyayang
IBU

  • Prihatin
  • Memahami
  • Penyayang



BINAAN PLOT

1. PEMULAAN / EKSPOSISI
Kisah bermula dengan ayah yang sedang mencari Oren kerana  sudah empat hari dia tidak nampak kelibat Oren.

2. PERKEMBANGAN
Ayah semakin risau dengan kehilangan Oren yang dirasainya mungkin merajuk akibat sikap pilih kasihnya.

3. PERUMITAN / KONFLIK
Ayah tidak lalu makan kerana risaukan Oren. Azura memberitahu nahawa Oren mungkin merajuk disebabkan ayah melebihkan Kelabu. Ayah mengenang kembali janjinya kepada Oren yang diambilnya sebagai ahli keluarga setelah melanggar mati ibu Oren.


4. PUNCAK / KLIMAKS
Oren pulang ke rumah. Ayah berasa sungguh gembira dan melayan Oren dengan sangat baik, mereka berdua saling berbual dengan mesra.


5. PENURUNAN
Ayah keluar dari bilik dalam keadaan terpinga-pinga sambil bertanyakan Oren kepada anak-anaknya. Dia kemudiannya sedar bahawa dia hanya bermimpi tentang Oren telah pulang ke rumah.


6. PELERAIAN / RESOLUSI
Semua orang dikejutkan dengan kehadiran Anis yang membawa pulang bangkai Oren yang ditemuinya di taman permainan.

TEKNIK PLOT

  • PEMERIAN - Kelabu semakin tembam. Bulunya yang berwarna kelabu meenjadikannya tampak menarik seperti kucing siam.
  • IMBAS KEMBALI - Ayah mengenang kembali bagaumana dia mula-mula membawa Oren pulang ke rumah setelah melanggar mati ibu Oren.
  • IMBAS MUKA - Ayah berjanji akan membela Oren seperti anaknya sendiri untuk menebus kesalahannya yang mengakibatkan Oren kehilangan ibunya. 
  • SASPENS - Pembaca berasa saspens apabila ayah keluar dari bilik dalam keadaan terpinga-pinga sambil bertanya tentang Oren kepada anaknya.
  • KONFLIKS - Ayah berkonflik dengan dirinya sendiri yang berasakan kemungkinan sikap pilih kasihnya menyebabkan Oren merajuk dan meninggalkan rumah.
  • MONOLOG LUARAN - "Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren," bisiknya kepada diri sendiri.
  • MONOLOG DALAMAN - Ayah berkata-kata di dalam hati bahawa kucing yang dilanggarnya itu merupakan ibu kepada anak kucing yang berwarna oren itu.
  • KEJUTAN - Semua orang di rumah dikejutkan dengan kemunculan Anis yang membawa pulang bangkai Oren yang ditemuinya di taman permainan.
  • DIALOG - Sambil bertanya, "Apakah namanya?" Dengan spontan dia menjawab. "Oren".

LATAR

LATAR TEMPAT

  • Taman permainan
  • Ruang tamu
  • dalam bilik
  • jalan raya
  • Ruang dapur
LATAR NASA
  • Pertengahan bulan Disember
  • Waktu malam
  • Waktu petang
  • Waktu pagi
LATAR MASYARAKAT
  • Masyarakat yang sayang akan haiwan
  • Masyarakat yang memahami keadaan orang lain
  • Masyarakat yang bertanggungjawab
  • Masyarakat yang sedar akan kesilapan diri dan berjanji untuk berubah
  • Masyarakat yang prihatin terhadap keadaan sekeliling

GAYA BAHASA

  • SIMPULAN BAHASA - Pilih kasih, iri hati
  • KATA GANDA - Dia mencuba untuk berbual-bual dengan Oren, iaitu perbuatan yang jarang-jarang dilakukannya. Oren membalasnya dengan mengiau-ngiau.
  • INVERSI - Jika ayah menganggap Oren telah merajuk, mungkin ayah juga tahu sebab kucing sulungnya itu merajuk.
  • PERLAMBANGAN - Bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing siam.
  • REPETISI - ...mungkin ayah juga tahu sebab kucing sulungnya itu merajuk. Mungkin ayah telah sedar...
  • SIMILE - Dia berjanji untuk memelihara Oren seperti anaknya sendiri.

NILAI

  • Kasih sayang - Seluruh ahli keluarga ayah sangat sayang akan kucing peliharaan mereka, iaitu Oren dan Kelabu. (muka surat 35 - 37, ilustrasi 6-8)
  • Tanggungjawab - Ayah menjadikan Oren sebagai sebahagian daripada keluarganya kerana bertanggungjawab atas kesalahannya melanggar mati ibu Oren. (muka surat 35-37, ilustrasi 6-7)
  • Kebersihan mental dan fizikal - Oren pandai menjaga kebersihan diri dan tidak membuang najis di merata-rata tempat. (muka surat 38, ilustrasi 10)
  • Kesyukuran - Ayah sangat menghargai kehadiran Oren dan Kelabu di rumahnya. ( muka surat 37)
  • Hemah tinggi - Ayah sedar akan sifarnya yang pilih kasih dan dia ingin menebus kesilapan itu terhadap Oren. (muka surat 37-39, ilustrasi 11-13)

PENGAJARAN

  • Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap sesuatu atau seseorang demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  • Kita hendaklah saling menghormati dan pandai menjaga hati pihak lain.
  • Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah kita lakukan.
  • Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang walaupun terhadap haiwan.
  • Kita hendaklah menghargai hubungan yang ada dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.
  • Kita hendaklah pandai membawa diri walau di mana kita berada.



5 comments: