Blogroll

Tuesday, February 18, 2020

KUINGIN BERTERIMA KASIH

BY Eppy Sensei IN No comments


SET INDUKSI


DEKLAMASI SAJAK


MAKSUD RANGKAP 1

Penyajak merakamkan rasa syukurnya ketika hujan turun. Bagi penyajak, hujan turun itu mampu menyejukkan alam yang kepanasan. Kedinginan juga dapat menenangkan jiwa yang dilanda perasaan marah.

MAKSUD RANGKAP 2

Penyajak meluahkan rasa berterima kasih dan bersyukur kepada tanah yang sentiasa menjadi sumber rezeki buat para petani.

MAKSUD RANGKAP 3

Penyajak juga menyatakan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan Tuhan melalui hasil hidupan laut. Hasil tangkapan ikan dan hasil laut menjadi sumber rezeki kepada para nelayan dan dapat mengurangkan kesempitan hidup mereka.

MAKSUD RANGKAP 4

Penyajak melahirkan rasa kagum dan menghargai jasa pejuang negara yang sanggup berkorban demi kemanan dan kesejahteraan negara. Malah ramai para pejuang yang gugur di medan perang selain mengalami kecederaan. Semuanya demi rasa cinta dan taat setia kepada bangsa dan negara.

MAKSUD RANGKAP 5

Penyajak meluahkan hasratnya untuk turut berbakti kepada nusa dan bangsa. Penyajak mahu memberi kesedaran dan keinsafan kepada dunia tentang keburukan perang yang hanya membawa kesengsaraan hidup kepada manusia.

MAKSUD RANGKAP 6

Akhir sekali, penyajak turut menyeru manusia agar merenung diri dan mengisi kekosongan hidup dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah agar hidup lebih bermakna dan indah.


TEMA

Sifat menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan.

PERSOALAN

  1. Kesedaran bahawa peperangan hanya membawa kesengsaraan kepada manusia
  2. Kesyukuran atas pemberian Tuhan untuk semua hidupan di muka bumi
  3. Kepentingan semangat patriotisme dalam diri seseorang individu
  4. Keinsafan untuk mengisi kekosongan hidup dengan aktiviti yang berfaedah

UNSUR BUNYI

  1. Asonansi perulangan vokal 'i' - Sesekali kuingin berterima kasih (rangkap 1 baris 1)
  2. Aliterasi perulangan kosnsonan 'n' - Ikan-ikan yang riang (rangkap 3 baris 2)

BENTUK

  1. Bilangan rangkap - 6 rangkap
  2. Bilangan baris - 3 hingga 5 dalam satu baris
  3. Bilangan kata - 2 hingga 5 kata dalam satu baris
  4. Bilangan suku kata - 7 hingga 14 suku kata dalam satu baris
  5. Skema rima akhir - Bebas (R1 abcd, R2 abca, R3 abccc, R4 abcbb, R5 abcbd, R6 abc)

NADA

Menggambarkan suasana hati atau perasaan yang tenang dan menyenangkan

GAYA BAHASA

  1. Metafora - Taman keresahan, api marah
  2. Repetisi - sesekali kuingin
  3. Simile - hujan bagai tetamu
  4. Hiperbola - Keangkuhan perang
  5. Personifikasi - iakn-iakn riang , perutmu setia menghamilkan
  6. Kata ganda - ikan-ikan, taman-taman

NILAI

  1. Kesyukuran - bersyukur atas segala pemberian Tuhan kepada manusia di muka bumi ini.
  2. Kasih sayang - Menyeru agar manusia saling mengasihi dan mengelak berlakunya peperangan
  3. Patriotisme - Menabur bakti kepada nusa dan bangsa
  4. Rasional - Manusia harus merenung dan mengisi kekosongan hidup dengan aktiviti yang berfaedah.

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah bersyukur dan menghargai setiap sesuatu yang kita miliki .
  2. Kita hendaklah mencintai bangsa dan negara dengan setulus hati
  3. KIta hendaklah saling menyayangi dan mengelakkan peperangan yang hanya membawa kepada kesengsaraan hidup
  4. Kita hendaklah merenung diri dan mengisi kekosongan hidup dengan aktiviti yang berfaedah
  5. Kita hendaklah menghargai pengorbanan dan bakti orang lain kepada kita


0 comments:

Post a Comment