Novel yang saya pelajari ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor dan Silir Daksina karya Nizar Parman.
Peristiwa yang menggambarkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat bagi novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Azraai memasang "retinal scanner" dna interkom pada pintu rumah adik angkatnya, Farisha. Hal ini berlaku kerana terdapat suatu kes pembunuhan di kawasan perumahan adiknya itu. Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab kerana seorang abang ingin melindungi keselamatan adiknya.
Peristiwa yang menggambarkan sikap bertanggungjawab dalam kalanagna masyarakat bagi novel Silir Daksina pula ialah peristiwa Abdullah bin Kayan menulsi manuskrip untuk anaknya Haiqal yang terpisah daripadanya sejak kecil sebagai bukti kerinduan dan kasih sayang kepada anaknya itu. Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang ayah kerana ingin memastikan kasih sayangnya terhadap anak tidak terputus walaupun telah terpisah akibat penceraian.
0 comments:
Post a Comment