Rumusan membincangan langkah-langkah membendung penyebaran berita palsu dan kesan-kesan penyebaran berita palsu.
Langkah membendung penyebaran berita palsu yang pertama ialah agensi kerajaan seharusnya memastikan setiap maklumat atau berita yang dikongsi di media sosial adalah benar. Selain itu, pengguna haruslah meneliti dahulu maklumat sebelum disebarkan dan menyaring informasi terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Masyarakat juga hendaklah menyemak kesahihan maklumat dan fakta berkaitan.
Terdapat banyak kesan penyebaran berita palsu, antaranya perkara itu boleh menyebabkan kehancuran perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Selain itu, hal ini turut menyebabkan nama baik individu dan reputasi sesebuah organisasi serta kesejahteraan negara terjejas. Akhir sekali, penyebaran berita palsu juga akan mengaibkan individu terlibat dan mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulannya, penyebaran berita palsu perlulah dihentikan agar keharmonian hidup bermasyarakat tidak tergugat.
(120 patah perkataan)
0 comments:
Post a Comment