Blogroll

Thursday, October 8, 2026

KARANGAN CONTOH 39 : LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH RASUAH [MODUL GEMILANG SPM 2026 - KERTAS 1 BAH. B]]

BY Eppy Sensei IN , , , No comments

 


    Seiring dengan usaha keras kerajaan membanteras rasuah, situasi terkini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia telah menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya melonjak tiga anak tangga pada tahun lepas berbanding kedudukan ke-57 pada  tahun sebelumnya. Namun, statistik ini ibarat tiada maknanya jika sikap tamak dan kelemahan sistem sedia ada masih membuka ruang kepada pelaku rasuah. Hal ini dapat dilihat melalui pembongkaran banyak kes rasuah berskala besar dalam kalangan ahli politik, termasuklah dalam kalangan anggota penguat kuasa yang dilaporkan sepanjang tahun ini. Bukan sahaja nama baik negara akan tercemar, integriti pihak penguat kuasa juga akan diperkotak-katikkan jika perkara ini terus dibiarkan. Lantaran itu, teras utama dalam usaha pencegahan rasuah sudah tentulah perlu dimulakan oleh semua pihak yang berprinsip.

[Isi 1 - perlu menguatkuasakan undang-undang]

[Isi 2 - melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat]

[Isi 3 - peranan institusi pendidikan

  Konklusinya, semua pihak perlulah berganding bahu dalam membanteras isu rasuah ini sebelum nasi menjadi bubur. Langkah-langkah yang proaktif dan berimpak sudah pasti mampu membuahkan hasil seperti yang diharapkan jika disertakan dengan kesungguhan. Bak aforisme dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, kunci perubahan ke arah negara bebas rasuah itu ada pada tangan kita sendiri. Maka, kerjasama yang erat antara kita amat penting agar masyarakat yang berintegriti dapat dilahirkan demi negara Malaysia yang bebas rasuah.

0 comments:

Post a Comment