Blogroll

Monday, July 14, 2025

SPM NOVEL : PERSOALAN / NILAI KEBERANIAN DALAM DI SEBALIK DINARA DAN SILIR DAKSINA

BY Eppy Sensei IN , , , No comments



**Tukarkan kata kunci persoalan atau nilai mengikut kehendak soalan. 

    Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor dan novel Silir Daksina, karya Nizar Parman. Terdapat dua peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan keberanian dalam novel-novel tersebut.

      Dalam novel Di Sebalik Dinara, peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan keberanian ialah peristiwa Azraai mengambil keputusan untuk mengeluarkan Farisha dari hospital demi keselamatannya. Azraai melarikan Farisha setelah mendapat tahu Marilyn dapat berhubung dengan Farisha. Peristiwa ini menunjukkan keberanian seorang abang membuat keputusan demi orang yang tersayang.

       Dalam novel Silir Daksina, peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan keberanian ialah ketika Haiqal sanggup ke Batu Pahat, Johor seorang diri untuk menjejaki warisan ayahnya walaupun Umi tidak mahu memberikan wang belanja kepadanya. Dia juga tidak mengenali sesiapa di sana. Peristiwa ini menunjukkan keberanian membuat keputusan walaupun berisiko untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran.

 

0 comments:

Post a Comment