Blogroll

Monday, July 14, 2025

SPM NOVEL : KRITIKAN SOSIAL DALAM DI SEBALIK DINARA DAN SILIR DAKSINA

BY Eppy Sensei IN , , , No comments


    Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor dan novel Silir Daksina, karya Nizar Parman. Terdapat dua kritikan sosial yang digambarkan dalam  novel-novel tersebut.

      Dalam novel Di Sebalik Dinara, kritikan sosial ada digambarkan dalam peristiwa ketaksuban Karl dengan ciptaan teknologi dan sains hingga menolak ajaran agama. Karl telah menyiksa Rumina sehingga cacat kerana tidak mahu meninggalkan agamanya dan menukarnya menjadi cyborg bernama Alia. Peristwa seperti ini perlu dielakkan kerana kita tidak boleh menyeksa orang lain hanya disebabkan seseorang itu tidak mahu mengikuti kehendak kita. 

       
Dalam novel Silir Daksina, kritikan sosial ada digambarkan dalam peristiwa umi melarang Haiqal daripada mencari ayah kandungnya. Umi melarang Haiqal daripada mengikuti keluarganya ke Batu Pahat semasa ayahnya meninggal dunia atas alasan Haiqal sedang menduduki UPSR. Umi juga menghalang Haiqal ketika Haiqal berhajat mahu ke Batu Pahat untuk mengenali ayahnya lebih dekat. Sikap ini perlu dielakkan kerana sikap ibu yang cuba memisahkan hubungan anak dengan ayah boleh menyebabkan penderitaan dan tekanan kepada anak tersebut.  

        

 

0 comments:

Post a Comment