Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor dan novel Silir Daksina, karya Nizar Parman. Watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara ialah Farisha, manakala watak utama dalam novel Silir Daksina ialah Haiqal. Terdapat dua peristiwa yang berkaitan dengan perwatakan watak utama dalam novel-novel ini.
Dalam novel Di Sebalik Dinara, peristiwa yang berkaitan dengan perwatakan watak utama ialah peristiwa Farisha berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba setelah ditawarkan projek mini di Soft Lab. Farisha juga berjaya mengesan kelemahan sistem Dinara walaupun Aqaram hanya memberikan penerangan ringkas. Peristiwa ini menggambarkan perawtakan watak utama yang bijaksana dalam bidang pengkomputeran.
Dalam novel Silir Daksina, peristiwa yang berkaitan dengan perwatakan watak utama ialah peristiwa Haiqal pergi ke Kampung Seri Purnama secara bersendirian walaupun mendapat tentangan daripada Umi. Sungguhpun begitu, Haiqal tetap pergi ke Kampung Seri Purnama kerana dia ingin menjejaki kehidupan ayah kandungnya Abdullah bin Kayan. Peristiwa ini menggambarkan perwatakan seorang anak yang teguh dengan pendirian diri.
0 comments:
Post a Comment