Blogroll

Saturday, March 30, 2024

NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN : TEMA

BY Eppy Sensei IN No comments

 


    Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 2 ialah novel Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani. Tema novel ini ialah perjuangan membebaskan tanah air daripada penjajah. Tema ini banyak ditunjukkan melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika kedatangan askar Inggeris di Semantan. Antara peristiwanya ialah Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhamad membina kubu di sepanjang tebing Lubuk Senggarat. Tindakan mereka ini amat penting untuk memerhati pergerakan askar Inggeris. Selain itu, terdapat juga peristiwa Datuk Bahaman dan penduduk Semantan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengalahkan askar Inggeris. Setelah menenggelamkan perahu-perahu askar Inggeris di sungai, Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh membawa 60 orang penduduk ke rumah pasung (balai polis) untuk mengalahkan askar di sana serta merampas senjata. Akhir sekali, golongan wanita dan para ibu juga telah bersama-sama berjuang membebaskan tanah air mereka melalui peristiwa perangkap bubur gadung. Datuk Panglima Raja telah mengarahkan penyediaan bubur gadung sebagai perangkap untuk menewaskan askar upahan Inggeris yang akhirnya terpaksa terjun ke dalam sungai kerana kepanasan selepas memakan bubur itu.

0 comments:

Post a Comment