Blogroll

Saturday, March 30, 2024

NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN : WATAK UTAMA

BY Eppy Sensei IN No comments

 


     Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 2 ialah novel Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani. Watak utama dalam novel ini ialah Datuk Bahaman. Datuk Bahaman seorang pemimpin yang jujur dan tidak mementingkan pangkat gelaran. Buktinya, beliau telah menolak tawaran Gabenor Singapura yang mahu membayarnya sebanyak 500 dolar untuk melepaskan tanah Semantan. Selain itu, Datuk Bahaman juga seorang yang rasional dalam membuat keputusan. Peristiwa ini dapat dilihat ketika Pak Long Abas meminta izin untuk mengamuk atas tindakan Inggeris. Datuk Bahaman telah menghalangnya dan menyatakan bahawa penduduk Semantan akan melawan, namun mestilah dengan perancangan. Akhir sekali, Datuk Bahaman seorang yang bijak mengatur strategi peperangan. Hal ini ditunjukkan melalui peristiwa apabila beliau membuat perangkap rantai besi yang merentangi sungai. Ketika askar Inggeris sampai di sungai, beliau telah menarik rantai tersebut lalu menyebabkan perahu-perahu askar Inggeris karam.

0 comments:

Post a Comment