Blogroll

Saturday, March 30, 2024

NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN : PERSOALAN

BY Eppy Sensei IN No comments


    Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 2 ialah novel Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani. Terdapat beberapa persoalan yang telah diketengahkan oleh penulis di dalam novel ini. Antaranya, persoalan tentang kesungguhan rakyat tempatan menentang penjajahan Inggeris. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhamad yang sepakat membina kubu di sepanjang tebing Lubuk Senggarat. Tindakan mereka ini dilakukan untuk menentang kemaraan orang Inggeris. Selain itu, terdapat juga persoalan tentang kebijaksanaan dalam mengatur strategi peperangan. Dalam novel ini, Datuk Bahaman telah menyatakan bahawa penduduk Semantan akan melawan Inggeris, namun mestilah dengan perangcangan. Ketika askar Inggeris datang menyerang, Datuk Bahaman telah memasang perangkap rantai merentangi sungai yang menyebabkan perahu-perahu askar Inggeris terbalik. Akhir sekali, terdapat persoalan tentang kepentingan mempelajari ilmu persilatan. Pemuda-pemuda Semantan telah mempelajari ilmu silat daripada Lajis untuk mempertahankan kampung mereka. Mereka juga menggunakan alatan seperti buluh runcing sebagai alat mempertahankan diri.

0 comments:

Post a Comment