Rumusan membincangkan langkah-langkah memelihara bangunan bersejarah dan manfaat bangunan bersejarah kepada kita.
Antara langkah untuk memelihara bangunan bersejarah ialah kerajaan telah mewartakan bangunan bersejarah sebagai satu warisan negara yang perlu dipelihara. Selain itu, kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar untuk memeliharanya. Seterusnya, kerajaan telah mengadakan kempen kesedaran dan mengindahkan persekitaran secara berkala bagi mengekalkan nilainya.
Terdapat banyak manfaat bangunan bersejarah kepada kita, termasuklah dapat menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke Malaysia. Tambahan pula, bangunan-bangunan bersejarah dapat dijadikan bukti kukuh peristiwa bersejarah yang telah berlaku, di samping mampu memberikan iktibar dan teladan kepada masyarakat. Akhir sekali, banguan bersejarah yang dipelihara boleh dijadikan lokasi pembikinan filem dan pusat penyelidikan bersejarah.
Kesimpulannya, bangunan bersejarah hendaklah terus dipelihara oleh semua pihak agar nilai estetikanya dapat dikekalkan.
(120 patah perkataan)
0 comments:
Post a Comment