Blogroll

Sunday, August 6, 2023

PARTIKEL 'PUN' DALAM BAHASA MELAYU

BY Eppy Sensei IN No comments

 


Partikel 'pun' secara umumnya ditulis secara terpisah daripada kata sebelumnya, seperti 

rumah pun 
sudah pun 
besar pun
dia pun
makan pun

Penggunaan 'pun' yang ditulis terpisah membawa maksud 'juga', 'bahkan', serta 'biar' dan membentuk perkataan yang tergolong dalam kata penegas, atau disebut partikel. Perkataan-perkataan lain ialah 'sudah pun', 'apa pun', 'apa-apa pun', 'dia pun', 'mereka pun' dan sebagainya. 

Namun begitu, partikel 'pun' pada kata yang berfungsi sebagai kata tugas perlu dieja rapat / bercantum. Terdapat 12 kata tugas yang dieja rapat.

adapun
andaipun
ataupun
bagaimanapun / walau bagaimanapun
biarpun
kalaupun
kendatipun
mahupun
meskipun
sekalipun
sungguhpun
walaupun

0 comments:

Post a Comment