Dalam novel yang anda pelajari di tingkatan 1 iaitu novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I, terdapat banyak watak yang menggerakkan plot cerita ini. Huraikan watak-watak yang menunjukkan nilai kasih sayang.
CONTOH JAWAPAN
Novel yang saya pelajari di tingkatan 1 ialah Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Dalam novel ini, terdapat beberapa watak yang telah menunjukkan nilai kasih sayang. Antaranya, watak Mak Sopiah. Mak Sopiah seorang ibu yang penyayang. Buktinya, dia mengugut akan mengikut Razali keluar dari rumah jika Pak Zakaria benar-benar mengusir anaknya itu. Selain itu, kasih sayang Mak Sopiah kepada Razali juga dapat dilihat melalui peristiwa dia berasa risau melihat keadaan Razali yang kusut-masai dan pakaian sekolahnya kotor ketika pulang dari sekolah. Akhir sekali, terdapat juga watak Razali yang sayang akan bapa kandungnya. Razali tidak pernah berputus asa mencarinya ayah kandung yang tidak pernah ditemuinya sehingga dia berjumpa dengan Pak Ramli di sekolah.
0 comments:
Post a Comment