Blogroll

Tuesday, August 30, 2022

[CONTOH JAWAPAN RINGKASAN] FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT DALAM KALANGAN REMAJA

BY Eppy Sensei IN , No comments


TEKS RINGKASAN


Belakangan ini, banyak kajian telah membuktikan bahawa remaja semakin mengabaikan gaya hidup sihat. Antara faktor pemilihan gaya hidup tidak sihat dalam kalangan remaja terutamanya ialah sebahagian besar golongan ibu bapa melepaskan tanggungjawab untuk menentukan pilihan dan membuat keputusan kecil ke tangan anak-anak sendiri. Selain itu, ibu bapa juga cenderung memilih makanan segera yang lebih ringkas dan pantas dihidangkan untuk keluarga berbanding menyediakannya sendiri. Seterusnya, hal ini diburukkan lagi dengan kebanjiran pelbagai rantaian jenama makanan segera menarik yang telah mempengaruhi pemilihan makanan oleh remaja. Di samping itu, perkara ini turut disokong oleh kadar penggunaan media sosial yang tinggi dalam kalangan remaja hingga mereka cenderung untuk memilih makanan mengikut trend sohor kini. Akhir sekali, masalah kebergantungan remaja kepada alatan teknologi seperti telefon pintar secara berlebihan telah memberi implikasi negatif kepada gaya hidup mereka.

                                                                                                                        (109 patah perkataan)





0 comments:

Post a Comment