Blogroll

Tuesday, August 30, 2022

KARANGAN ULASAN : KESAN BURUK PENGGUNAAN ALATAN TEKNOLOGI KEPADA KANAK-KANAK

BY Eppy Sensei IN , No comments


CONTOH JAWAPAN

Pada era globalisasi kini, penggunaan gadjet elektronik sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat. Namun, penggunaan gadjet yang tidak berhemah telah mendatangkan pelbagai kesan buruk, terutamanya kepada kanak-kanak. Antaranya, penggunaan gadjet secara tidak terkawal boleh menjejaskan tumbesaran. Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak yang leka bermain gadjet akan kehilangan pelbagai nutrisi penting apabila mengabaikan waktu makan mereka. Selain itu, kemahiran social kanak-kanak juga akan terganggu. Apabila kanak-kanak terlalu banyak bersendiri, mereka akan menghadapi masalah untuk bergaul dengan rakan-rakan dan orang di sekeliling mereka. Akhir sekali, Kesihatan kanak-kanak juga akan terjejas. Penggunaan gadjet terlalu lama akan merosakkan fungsi mata di samping masalah-masalah kesihatan yang lain. Kesimpulannya, ibu bapa perlulah mengawal penggunaan gadjet anak-anak mereka.

                                                                                   (100 patah perkataan)



 

0 comments:

Post a Comment