Blogroll

Tuesday, August 30, 2022

KARANGAN PENDEK PT3 : KEBAIKAN RUMAH TERBUKA

BY Eppy Sensei IN , No comments


Rumah terbuka telah menjadi budaya bagi rakyat Malaysia. Antara kebaikan mengadakan rumah terbuka ialah hubungan antara keluarga akan semakin erat. Hal ini dikatakan demikian kerana ahli keluarga boleh berkumpul dan beramah mesra setiap tahun. Selain itu, penganjuran rumah terbuka juga dapat memupuk semangat bantu-membantu di samping akan lebih saling mengenali. Sebagai contoh, jiran-jiran boleh saling membantu membuat persiapan majlis sambil berkenal-kenalan antara satu sama lain. Akhir sekali, hubungan antara masyarakat akan lebih akrab dan harmoni jika penganjuran rumah terbuka diteruskan. Dengan menghadiri rumah terbuka, kita akan lebih memahami kebudayaan dan cara hidup masyarakat berbilang kaum. Kesimpulannya, rumah terbuka perlu dianjurkan setiap tahun demi mengukuhkan perpaduan.





0 comments:

Post a Comment