Blogroll

Monday, December 20, 2021

KARANGAN PT3 : KARANGAN PENDEK (KERTAS 2) - RAHSIA KEJAYAAN DALAM PELAJARAN

BY Eppy Sensei IN No comments

 





PENDAHULUAN 

Kejayaan dalam pelajaran boleh dicapai dengan mengamalkan beberapa rahsia.

ISI 1

Antaranya ialah kita mestilah memberi perhatian ketika guru mengajar.

HURAIAN

Hal ini dikatakan demikian kerana jika kita memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar, kita akan lebih mudah untuk memahami isi pembelajaran.

ISI 2

Selain itu, kita juga boleh belajar secara berkumpulan.

HURAIAN

Faedahnya, kita boleh bertukar-tukar idea dan pengetahuan bagi meningkatkan prestasi kita.

ISI 3

Akhir sekali, kita patutlah menyediakan jadual belajar yang sesuai mengikut kemampuan kita.

HURAIAN

Dengan adanya jadual belajar sendiri, masa belajar kita akan lebih teratur.

PENUTUP

Tuntasnya, resipi kejayaan ini mampu membantu kita mencapai kecemerlangan yang diimpikan.


KARANGAN

    Kita boleh mencapai kejayaan dalam pelajaran dengan mengamalkan beberapa rahsia. Antaranya ialah kita mestilah memberi perhatian ketika guru mengajar. Hal ini dikatakan demikian kerana jika kita memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar, kita akan lebih mudah untuk memahami isi pembelajaran. Selain itu, kita juga boleh belajar secara berkumpulan. Faedahnya, kita boleh bertukar-tukar idea dan pengetahuan bagi meningkatkan prestasi kita. Akhir sekali, kita patutlah menyediakan jadual belajar yang sesuai mengikut kemampuan kita. Dengan adanya jadual belajar sendiri, masa belajar kita akan lebih teratur. Tuntasnya, resipi kejayaan ini mampu membantu kita mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

0 comments:

Post a Comment