Blogroll

Thursday, July 15, 2021

BM PT3 KARANGAN CONTOH 10 : KARANGAN FIKSYEN - OJAN DAN OXZAR

BY Eppy Sensei IN No comments

 


Kali pertama melihat belon panas dalam sebuah majalah, Ojan terus memasang cita-cita hendak menaikinya. Pada suatu hari, Ojan terpandang sebuah belon panas yang cantik dan berwarna-warni di tengah padang. Tanpa membuang masa, dia mendekati belon itu dan menemui seorang petugas lelaki.

“Bolehkah saya menaiki belon ini?” tanya Ojan kepada petugas itu.
“Boleh, apa salahnya.” jawab petugas itu.

Cuaca hari itu sungguh cerah. Keinginan Ojan untuk menaiki belon panas tertunai. Ojan berasa gembira. Ojan melihat petugas membakar gas agar udara memuai. Udara di dalam belon ditolak keluar apabila belon dipanaskan. Ojan pun dibenarkan memasuki keranjang bakul. Tidak lama selepas Ojan berada di dalam keranjang bakul, belon panas mula bergerak meninggalkan permukaan tanah.

Ojan rasa sangat teruja. Dia melihat pemandangan yang hijau dan padang yang sangat luas. Pokok-pokok besar di tepi padang menjadi semakin kecil apabila belon panas itu terbang semakin tinggi. Angin bertiup agak kencang, namun Ojan tidak peduli kerana dia sangat gembira. Ojan melompat-lompat sambil bertepuk tangan.

        Tiba-tiba, keranjang bakul bergegar dengan kuat. Ojan berasa sangat takut dan dia terus terduduk. Rupa-rupanya, belon panas itu telah ditarik oleh satu objek besar berwarna hijau. Tarikan itu sungguh laju kerana objek itu terbang dengan sayapnya yang besar. Akhirnya, keranjang bakul mendarat di atas sebuah bukit yang terletak di suatu kawasan. Ojan sedar bahawa dia telah dibawa ke suatu daerah yang asing. 

Semasa berada di tempat yang asing itu, Ojan berasa sangat takut dan keliru. Di hadapannya ada seekor burung besar yang berwarna hijau. Burung itu memperkenalkan dirinya sebagai Oxzar. Ojan berasa cemas kerana dia sukar bernafas, namun dia telah diberi ubat agar dapat bernafas seperti biasa di Planet Nuto, tempat tinggal Oxzar.Keramahan burung itu menyebabkan Ojan tidak takut lagi kepadanya.

        Walaupun begitu, Ojan tetap hendak pulang semula ke bumi. Keadaan di Planet Nuto amat berlainan dengan suasana di bumi. Ojan berasa susah hati kerana dia tidak tahu akan cara pulang ke bumi. Oxzar berjanji akan menghantar Ojan pulang, namun begitu Oxzar meminta Ojan mengikutnya. Selepas Ojan bersetuju, Ozxar terus membawa Ojan ke Benua Axi.

           Apabila sampai di Benua Axi, tiba-tiba mereka telah diserang oleh Doizer, iaitu seekor raksasa yang ganas. Ojan mendapat idea iaitu menyerang Doizer secara serentak dari pelbagai arah. Oxzar bersetuju dan terus terbang ke belakang Doizer. Ketika Doizer sedang mengejar Ojan, Oxzar terus menyelamatkan Ojan dengan menyerang Doizer dari arah belakang. Ternyata, strategi Ojan telah berjaya menewaskan Doizer. Selepas itu, Ozxar menunaikan janjinya dan menghantar Ojan pulang ke bumi.

            Selepas Doizer ditewaskan, Benua Axi diperintah oleh Oxzar. Kejayaannya mengalahkan Doizer dengan bantuan Ojan telah menyebabkan dia berjaya merampas Benua Axi yang diidamkannya itu. Dia berasa bangga kerana telah berhasil menipu Ojan, anak manusia yang diculiknya itu demi mengalahkan Doizer. Sekarang, Panet Nuto telah menjadi milik Oxzar sepenuhnya. Oxzar terus melakukan kekejaman kepada penduduk Planet Nuto kerana tiada lagi orang yang akan dapat menghalangnya kerana Doizer telah mati.


0 comments:

Post a Comment