Blogroll

Tuesday, February 18, 2020

KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

BY Eppy Sensei IN No comments


SET INDUKSI

DEKLAMASI SAJAK


MAKSUD RANGKAP 1

Hidup kita di dunia ini diibaratkan sehelai daun yang lahir dan membesar untuk tujuan tertentu. Oleh itu, kita harus menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Biarlah kita membesar menjadi seorang yang berguna kepada insan lain.

MAKSUD RANGKAP 2

Jika kita tidak berbuat jasa kepada insan yang memerlukan dan tidak bernasib baik, hidup mereka akan menjadi lebih sukar dan tiada tempat untuk mengadu nasib.

MAKSUD RANGKAP 3

Hidup adalah sementara. Kita ibarat sehelai daun yang membesar, lalu layu dan mati. Apabila tiba masanya kita akan kembali kepada Sang Pencipta kita. Oleh itu, janganlah sombong dan angkuh terhadap orang lain sebaliknya bantulah mereka selagi kita mampu.

MAKSUD RANGKAP 4

Kita harus hidup dengan berjasa dan sentiasa berbakti kepada orang lain. Jasa dan bakti yang kita sumbangkan selama kita hidup akan terus memanfaati orang lain walaupun setelah kita mati.

TEMA

Amalan yang baik dalam kehidupan sebagai manusia.

PERSOALAN

  1. Kepentingan berbakti kepada orang lain selagi kita hidup.
  2. HIdup kita hanyalah sementara sahaja
  3. Kepentingan mengingati diri sendiri supaya tidak sombong dan angkuh terhadap orang lain.
  4. Tuntutan hidup yang akan ditempuhi oleh setiap orang.

UNSUR BUNYI

  1. Asonansi perulangan vokal 'a' - Kita umpama sehelai daun (rangkap 1, baris 1)
  2. Aliterasi perulangan konsonan 'g' - Bertunas segar di hujung ranting (rangkap 1, baris 2) 

BENTUK

  1. Bilangan rangkap - 4 rangkap 
  2. Bilangan baris - 3 hingga 5 baris dalam satu rangkap
  3. Bilangan kata - 3 hingga 5 kata dalam satu baris
  4. Bialngan suku kata - 8 hingga 12 suku kata dalam satu baris
  5. Skema rima akhir - bebas (R1 - ababc, R2 - abcd, R3 - abcbd, R4 - abb)

NADA

Romantik - menggambarkan suasana hati atau perasaan yang tenang dan menyenangkan.

GAYA BAHASA

  1. Bahasa arab - duafa (orang yang lemah daif - bilangan yang banyak)
  2. Simile - Kita umpama sehelai daun 
  3. Hiperbola - tusukan bahang memijar
  4. Repetisi - Kita umpama sehelai daun (baris 1 rangkap 1, baris 1 rangkap 3)
  5. Personifikasi - tusukan bahang memijar

NILAI

  1. Kasih sayang - Perasaan sayang akan masyarakat yang memerlukan 
  2. Kebersihan fizikal dan mental - Berbakti kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan
  3. Tanggungjawab - menyeru masyarakat agar tidak mementingkan diri sendiri 
  4. Baik hati - membantu orang yang serba kekurangan untuk menikmati hidup yang lebih baik
  5. Kesyukuran - Menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada kita

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah saling menyayangi dan berbaiksesama kita.
  2. Kita hendaklah tidak sombong dan lupa diri dengan nikmat Tuhan.
  3. Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah banyak berbakti kepada kita.
  4. Kita hendaklah menabur budi untuk kebaikan bersama selagi kita hidup.
  5. Kita hendaklah berbakti kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.



0 comments:

Post a Comment