Blogroll

Tuesday, February 18, 2020

KEJOHANAN HOKI MSSD PASIR GUDANG 2020

BY Eppy Sensei IN , No comments

Pasukan Hoki TDS dan Pasukan Hoki Madrasah Al-Attas. Pasukan Hoki TDS telah tewas 0-1 kepada Al-Attas Rangers dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.


Pengalaman berharga menjadi pengurus pasukan hoki MSSD TDS pada tahun ini amat bermakna bagi saya. Bersama pelajar-pelajar ini, saya telah belajar banyak perkara baharu terutamanya tentang hoki dan semangat kesukanan. 

Kami datang untuk bermain hoki dan memberikan yang terbaik, bukan sekadar untuk menang. Kalah atau menang, misi selama 2 hari di padang bola sepak Politeknik Ibrahim Sultan ialah melakukan yang terbaik dan #fighforher. Saya amat terharu ketika kali pertama melihat jersi yang dipakai oleh mereka. Setiap kali sebelum perlawanan bermula, mereka akan berdoa dan saling memberikan kata-kata semangat. Mereka juga tidak lupa kepada allahyarhamah. Mereka tahu dia sedang bersama mereka.

#fightforher


Gambar ini amat berharga bagi saya. Dalam gambar ini mereka tampak senyum dan gembira padahal, ramai antara mereka telah menangis semahunya sebelum gambar ini diambil. Pada hari pertama kejohanan, mereka beraksi cemerlang. 3 perlawanan pada peringkat kumpulan berjaya diatasi dengan 3 kemenangan menjadikan mereka sebagai juara kumpulan. Perlawanan keempat pada hari tersebut menemukan mereka dengan pasukan hoki SMK Taman Sciientex dalam perlawanan suku akhir (kalah mati). 


Perlawanan bertemu pasukan hoki SMK Taman Scientex ini bagi saya sangat epik. Kedua-dua pasukan mempamerkan kesungguhan yang luar biasa bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya. SMK Taman Scientex yang dibarisi oleh pemain-pemain MSSJ bukan lawan yang mudah untuk ditundukkan. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan apabila wisel penamat ditiupkan,

Perlawanan terpaksa diteruskan menerusi penalty shootouts. 3 orang pemain daripada setiap pasukan bergilir-gilir untuk menyelesaikan tugas dalam misi mencari kemenangan. Ketika ini, tahap intensiti permainan sangat tinggi. Selepas 3 pusingan, keputusan kekal 0-0. Pemenang ditentukan pula menerusi penalty stroke. Selepas 2 pusingan penalty stroke, kemenangan menjadi milik TDS. keputusan 1-0 ini telah melayakkan mereka ke perlawanan separuh akhir bertemu dengan seteru tradisi yang mengecewakan mereka daripada melakar sejarah pada siri MSSD yang lepas, SMK Pasir Putih.


Ketika bertemu pasukan hoki SMK Pasir Putih, pemain TDS sekali lagi beraksi garang dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1. Pemenang ditentukan melalui penalty shootouts. Bagai sejarah yang berulang, kemaraan TDS untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod tahun lepas iaitu mara ke perlawanan akhir tidak kesampaian. Perlawanan itu berkesudahan dengan keputusan 2-3. Pasukan TDS bertemu pasukan hoki Al-Attas Rangers selepas itu.

Izuddin, Afif, Faris dan Izham telah disenaraikan untuk menyertai sesi pemilihan pemain MSSJ. Tahniah! Saya pula tiba-tiba mendapat jawatan sebagai penolong pengurus pasukan MSSJ. Satu apa pun tak tahu hahaha!






0 comments:

Post a Comment