Alhamdulillah.. hari ini dalam kesibukan menguruskan perjumpaan mingguan kokurikulum dari jam 10 pagi sampai 12 tengah hari, saya sempat juga singgah ke dewan Ibnu Khaldun meluangkan masa. Sejak semalam sebenarnya rasa teruja nak ikut program derma darah ni. Dah pergi dewan, rupa-rupanya derma darah dijalankan hari ini.
Tahun ini sambutan yang diberi amatlah menggalakkan berbanding tahun-tahun yang sebelum. Staf-staf yang terlibat juga memaklumkan bahawa mereka tidak menyangka program kali ini telah mendapat sambutan yang luar biasa. Ramai penderma tegar dalam kalangan orang awam juga datang ke sekolah, apatah lagi pelajar-pelajar tingkatan 6 sendiri. Ramai juga alumni datang.
Oleh sebab ini kali kedua saya menderma darah, saya tak lah takut sangat. Yang jadi panik sebab pelajar lelaki tingkatan 6 di katil sebelah yang kepucatan kerana ini merupakan pengalamannya yang pertama. Orang dah cakap jangan tengok nurse cucuk jarum, dia nak tengok jugak. Lepas tu panik!
Proses derma darah ini tidak lama. Yang lamanya bila terpaksa menunggu giliran.
0 comments:
Post a Comment