Blogroll

Monday, January 13, 2020

SELAMAT JALAN, KAWAN!

BY Eppy Sensei IN No comments


Sabtu lepas sepatutnya menjadi hari yang paling sibuk bagi kau. Perangcangan yang sudah kau buat sejak tahun lepas, urusan yang saban tahun kau ulang buat tanpa merungut. Setiap tahun, pada hari progran Larian Wirawan Daya dilaksanakan, kaulah orang yang paling penting. Semua urusan, dari bendera hingga ke papan tanda, dari awal hingga penyampaian hadiah, semua kau rancang dan buat. Tapi tahun ini, Tuhan punya perancangan lain.

Memang aku tahu kau demam sejak minggu sebelumnya. Ada rakan beritahu yang kau tidak mahu diajak ke hospital. Hanya mahu berehat sahaja di rumah. Malah, kau gagah datang pada sebelah petang utnuk melatih pelajar bermain hoki. Itulah kali terakhir aku melihat kau, lambaian aku untuk berbual hanya kau balas perlahan sebelum kau memandu meninggalkan perkarangan sekolah.

Wana.

Aku kenal kau sejak zaman kita sama-masa masih kat UPSI. Aku masih ingat kau punya muka happy bila aku jumpa kau kat TDS. Aku masih ingat kita bodoh-bodoh dan tersipu-sipu. Semua tu dah jadi kenangan. Sekarang, hanya doa yang mampu aku kirim kat kau. Semoga kau tenang kat sana.


Ramai orang sayang kau. Ramai sangat. Rakan-rakan sekerja, pelajar kau... semua menangisi pemergian kau. Ramai kawan-kawan lama kau dan aku masa belajar dulu menghubungi aku. Tanya pasal kau. Ramai masih ingat kau. Semua cakap kau baik, kau kelakar. Aku minta maaf daripada mereka bagi pihak kau, kalau-kalau kau ada tersilap kata dan tersilap langkah. Aku pesan mereka titipkan doa buat kau.


Anak-anak murid kau ialah saham kau. Sekarang, saham kau dah membuahkan bunganya. kau pergi terlalu tiba-tiba. Tapi, kami redha. Kau sudah bersama Sang pencipta dan ibu yang selalu kau rindukan.Hari ini kat sekolah, pelajar-pelajar kau tak kira agama semua mengenangkan dan mendoakan kau. Hari ini sekolah separuh nyawa, suara kau tak kedengaran kat mana-mana. Selalu akan nampak kau kat bilik sukan kalau tengahari. Hari ini, semua orang kena belajar terima kau dah pergi...







0 comments:

Post a Comment