Blogroll

Tuesday, June 25, 2024

DI SEBALIK DINARA : TEMA

BY Eppy Sensei IN , , No comments

 


    Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Tema novel ini adalah tentang ketaasuban seseorang terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan. 

    Bukti yang pertama ialah pakar penggodam sistem pengkomputeran menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri. Karl yang taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu telah mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan, asalkan hajatnya tercapai sehingga sanggup menjadikan Farisha, anaknya kandungnya sendiri sebagai bahan uji kaji dengan memasukkan mikrocip ke dalam badan Farisha sejak dia kecil lagi agar dia mewarisi kebijaksanaan karl. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Karl seorang manusia yang sungguh taksub dengan teknologi sehingga kehilangan sifat kemanusiaannya sebagai seorang bapa.

    Bukti yang kedua ialah sikap seseorang yang sanggup melenyapkan pesaingnya. Karl yang taasub dengan teknologi telah hilang sifat kemanusiaan apabila dia sanggup melenyapkan Marilyn atau Medina yang merupakan pesaingnya. Pada awalnya, Marilyn ialah pembantu penyelidik Karl. Namun, apabila Karl merasakan bahawa Marilyn lebih hebat daripadanya, Karl telah merancang untuk menghapuskan Marilyn. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl, iaitu Dinara. 

0 comments:

Post a Comment