Blogroll

Saturday, March 30, 2024

NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN : WATAK SAMPINGAN (SEORANG)

BY Eppy Sensei IN No comments


 Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 2 ialah novel Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani. Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Zahid. Zahid digambarkan sebagai seorang yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri dan bermain senjata. Buktinya, Zahid telah berjaya membaling bambu runcing yang betul-betul mengenai belakang seorang mata-mata Inggeris dan mencederakannya. Selain itu, Zahid juga seorang yang bijak mengatur strategi peperangan. Dia dan rakan-rakannya telah membina kubu di sepanjang tebing Lubuk Senggarat supaya mudah memerhatikan pergerakan askar Inggeris. Akhir sekali, Zahid seorang yang berani kerana telah berlawan dengan dua orang pemuda asing mata-mata Inggeris yang telah mengganggu Kak Minah, iaitu isteri abang Lajis. 
 

0 comments:

Post a Comment