Blogroll

Friday, July 21, 2023

RUMUSAN : KESENIAN DAN KEBUDAYAAN DALAM KALANGAN KELUARGA MALAYSIA

BY Eppy Sensei IN , No comments


 

     Rumusan membincangkan usaha-usaha menyemarakkan kesenian dan kebudayaan dalam kalangan keluarga Malaysia dan maanfat-manfaatnya kepada masyarakat.

    Antara usaha menyemarakkan kesenian dan kebudayaan dalam kalangan keluarga Malaysia ialah penganjuran pelbagai aktiviti yang melibatkan bidang kesenian dan kebudayaan sempena bulan kemerdekaan. Selain itu, kerajaan seharusnya mengambil langkah mempromosikan kesenian dengan menganjurkan aktiviti menarik, di samping memberi insentif kepada penggiat seni tanah air dan bersungguh-sungguh dalam memelihara seni budaya yang ada.

    Terdapat banyak manfaat yang diperoleh jika kesenian dan kebudayaan dipelihara dalam kalangan masyarakat, salah satunya ialah identiti tersendiri sebuah negara bangsa akan dapat dibentuk. Sementelahan, kesenian dan kebudayaan turut dapat menyatukan masyarakat yang mempunyai persilangan budaya. Masyarakat juga akan lebih menghayati nilai seni dan budaya tempatan. Akhir sekali, kesenian dan kebudayaan dapat diwarisi dalam bentuk pengisian nilai murni dan menjadi kebanggan turun-temurun kepada masyarakat.

    Tuntasnya, kesenian dan kebudayaan haruslah dipertahankan dari satu generasi ke satu generasi yang lain agar warisan ini tidak lapuk ditelan kemodenan zaman teknologi.

0 comments:

Post a Comment