Blogroll

Thursday, June 9, 2022

KARANGAN CONTOH 13 : ULASAN - AMALAN BERJIRAN

BY Eppy Sensei IN No comments

 



                    Gambar rajah di atas menunjukkan amalan-amalan kejiranan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Antaranya, kita boleh bertegur sapa dengan jiran kita. Dengan cara ini, kita boleh beramah mesra dengan jiran kita untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu, kita juga boleh melawat jiran yang sakit. Kedatangan kita pasti akan dapat memberi semangat kepada keluarga jiran kita, terutamanya kepada ahli keluarga yang sakit. Akhir sekali, kita perlu membantu jiran kita yang ingin berpindah rumah. Bukan sahaja kita akan dapat meringankan beban kerja dan menjimatkan masa, malah kita juga akan meninggalkan kenangan manis yang menggembirakan hati mereka. Kesimpulannya, amalan kejiranan patut diamalkan dalam kehidupan supaya kita dapat hidup harmoni bersama jiran tetangga kita. 
    

                                                                                                    (100 patah perkataan)









0 comments:

Post a Comment