1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
|
agar |
Nenek berdoa agar hujan tidak akan turun sebelum
musim menuai. |
|
apabila |
Kucing itu melompat apabila mendengar suara
abang. |
|
atau |
Awak boleh ke sana dengan menaiki basikal atau
berjalan kaki. |
|
bahawa |
Amran yakin bahawa kata-kata Zainol benar. |
|
dan |
Lee dan Mahmud berkawan sejak kecil. |
|
hingga |
Ibu dab kakak menonton drama hingga larut malam. |
|
Jika |
Jangan berumah di tepi pantai jika jika takut
akan ombak. |
|
Jikalau |
Jikalau hujan teduh, saya akan ke sawah. |
|
kecuali |
Semua murid hadir kecuali Gopal. |
|
kerana |
Ayah sedih kerana kucing kami telah hilang. |
|
lalu |
Pokok itu tumbang lalu menghempap sebuah kereta. |
|
manakala |
Aziz memotong buah manakala adiknya hanya
melihat. |
|
sambil |
Anjali membuat kerja sekolah sambil mendengar
lagu. |
|
serta |
Abang serta rakannya gemar bermain PUBG. |
|
semenjak |
Mereka tidak berani lagi ke situ semenjak dilarang
oleh Pak Abu. |
|
sementara |
Kita harus berusaha gigih sementara badan masih
sihat. |
|
sungguhpun |
Sungguhpun miskin, orang itu baik hati. |
|
supaya |
Menabunglah dari sekarang supaya senang kemudian
hari. |
|
walaupun |
Walaupun penat, kakak tetap mengurut kaki emak. |
|
tetapi |
Mulutnya becok tetapi tidak pandai membaca. |
Kata Hubung Berpasangan
|
Contoh |
Ayat Contoh |
|
Baik - mahupun |
Baik Khatir mahupun adiknya sama-sama tidak
menyukai bau petai. |
|
Baik- baik |
Baik Richard baik abangnya sama-sama kacak. |
|
bukan sahaja malah |
Remy bukan sahaja peramah malah suka berjenaka
orangnya. |
|
entah entah |
Jangan mudah percaya kepada kata-kata lelaki itu,
entah betul entah tidak. |
|
Jangan – pun |
Jangankan sebuah rumah, basikal buruk pun dia tak
ada. |
|
Kian – kian |
Kian lama kian ramai orang dijangkiti oleh virus
COVID-19. |
|
Sama ada – ataupun |
Pihak sekolah meminta sama ada bapa ataupun ibu
murid hadir ke mesyuarat itu. |
|
sedangkan...inikan pula |
Sedangkan Gunung Ledang terdaki olehnya inikan
pula Bukit Larut. |
|
semakin...semakin |
Encik Zakri semakin kaya semakin dermawan. |
|
sungguhpun...tetapi |
Sungguhpun keluarganya kaya tetapi dia tidak
sombong. |
|
walaupun...namun |
Walaupun kakinya tempang namun pak cik Raja rajin
berusaha. |
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
|
Dan |
hingga |
lalu |
ketika |
|
Dengan |
yang |
tetapi |
jika |
|
Kerana |
serta |
kalau |
kemudian |
|
demikian |
walhal |
walau |
agar |
|
atau |
demi |
supaya |
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
|
semasa |
sementara |
seharusnya |
andaikata |
|
semoga |
seketika |
sebaliknya |
sedangkan |
|
setelah |
sesungguhnya |
walaupun |
itupun |
|
sewaktu |
seandainya |
meskipun |
sekali[un |
|
mudah-mudahan |
moga-moga |
jikalau |
bagaimanapun |

0 comments:
Post a Comment