Blogroll

SINOPSIS NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN


BAB 1

1. Sikap Datuk Bahaman brubah sejak pulang dari Pulau Tawar. Hal ini disedari oleh Zahid, Samad,        Rahman dan Awang Muhamad. Rahman pernah menjadi jurutulis kepada Datuk Bahaman.
2. Datuk Bahaman mengumpulkan orang di masjid. Yang hadir ialah Mat Lela, Datuk Panglima Raja      Awang Ishak dan Imam perang Weh.
3. Datuk Bahaman memberi amanat penting tentang kemaraan Inggeris. Datuk Bahaman meminta          penduduk bersedia sebelum melawan Inggeris.
4. Setelah selesai berkumpul di masjid, "aku" (Zahid), Samad, Rahman dan Awang Muhamad telah        sepakat untuk membina kubu di pangkal Merbau Berdarah di tebing Lubuk Senggarat.
5. Semasa mereka sedang membina kubu, tiba-tiba Mak Long Esah berlari ketakutan dan                        memberitahu bahawa Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua dan meminta supaya disampaikan            berita itu kepada Datuk Bahaman yang masih berada di masjid.

BAB 2

1. Zahid menyedari bahawa Inggeris sudah menceroboh Semantan. Mereka membina kubu panjang        ditebing sungai.
2. Datuk Panglima Raja sangat marah dengan tindakan Inggeris. Pak Long Abas meminta izin untuk      mengamuk tetapi telah dihalang oleh Datuk Bahaman.
3. Datuk Bahaman menyatakan bahawa penduduk Semantan akan melawan Inggeris tetapi mestilah        dengan perancangan.
4. Datuk Bahaman juga memuji tindakan Zahid dan rakan-rakannya yang membina kubu di                    sepanjang tebing Lubuk Senggarat. Lokasi kubu itu sangat sesuai sebagai pertahanan.

BAB 3

1. Dua minggu selepas Inggeris membina rumah pasung (balai polis), Zahid dan rakan-rakannya              pergi ke kubu mereka di Lubuk Senggarat.
2. Rahman tidak dapat ikut serta kerana mengikut ayahnya ke Johor. Pelbagai andaian telah dibuat          atas pemergian Datuk Bahaman ke Johor.
3. Semasa ketiadaan Rahman, Zahid dan rakan-rakannya telah menukarkan cara berkawal. Mereka          telah bersetuju untuk berkawal bersama-sama untuk mengelakkan ditangkap.
4. Mereka juga telah meronda ke Mempatih untuk melihat persiapan di sana. Pada waktu tengah hari,      mereka terserempak dengan beberapa buah perahu Inggeris.
5. Mereka berniat mahu menyerang perahu Inggeris tersebut tetapi telah membatalkan niat tersebut        apabila memikirkan Datuk Bahaman tiada di Semantan.

BAB 4

1. Seperti biasa, Zahid, Samad dan Awang Muhamad meninjau sekitar kampung.
2. Mereka telah pergi ke Mempatih dan melihat pemuda-pemuda Melayu berlatih membaling bambu      runcing dan belajar silat dengan Abang Lajis.
3. Zahid diberitahu bahawa ada 2 orang pemuda Melayu yang tidak dikenali telah mudik ke hilir.            Apabila sampai di sana, Zahid dan rakan-rakannya telah menyelamatkan Kak Minah, iaitu isteri          Abang Lajis yang telah diganggu oelh 2 pemuda mata-mata Inggeris itu.
4. Mereka merupakan pembanci yang diupah oleh Tuan Owen (Inggeris).
5. Pada masa sama, Datuk Bahaman muncul dan menyuruh pembanci itu pulang. Beliau sempat              menginagtkan pemuda itu bahawa beliau masih berkuasa di Semantan.

BAB 5

1. Situasi semakin genting apabila askar Inggeris yang dikutuai oleh Syres sering datang ke Lubuk          Terua.
2. Kedatangan Syres telah mengundang banyak persoalan kepada Zahid dan rakan-rakannya.
3. Lajis menjelaskan bahawa Datuk Bahaman akan mengadakan pertemuan untuk membuat                    senapang dan segala bahan telah diatur dengan teliti.
4. Lajis juga ditugaskan sebagai pengintip di Kuala Semantan untuk mengawasi gerak-geri Inggeris.

BAB 6

1. Di perkarangan masjid, Zahid terlihat kedatangan orang asing iaitu Mat Kilau. Mat Kilau bersalam
    dengan Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja.
2. Mat Kilau membawa berita tentang mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan orang-orang besar
    di  Pulau Tawar. Banyak perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.
3. Clifford memaksa Sultan mengatakan Datuk Bahaman telah menderhaka. Jika baginda tidak
    berbuat demikian ertinya baginda menyokong Datuk Bahaman. Inggeris akan mengambil tindakan
    dengan membuang baginda ke sebuah pulau di tengah-tengah lautan Hindi.
4. Sultan setuju lalu tandatangan surat pengisytiharan yang dibaca oleh Clifford. Segala gelaran
    Datuk Bahaman yang diberi oleh sultan telah ditairk balik. Maknanya,beliau tidak lagi berkuas di .
    Semantan.
5. Beliau menyatakan bahawa pangkat tidak penting baginya. Semasa di Johor, Gabenor Singapura
    telah menawarkan 500 dolar sebulan namun ditolak.

BAB 7

1. Sudah 2 hari Samad tidak pulang ke Lubuk Terua. Ayahnya, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail
    mengail ikan di sungai Semantan. Zahid meneka mereka berdua mungkin ditangkap Inggeris.
2. Lajis tiba membawa berita bahawa Samad dan Ismail telah ditangkap oleh Desborough dekat Batu
    Hampar dua hari lepas. Datuk Bahaman mengarahkan pengikutnya supaya menyusur sungai
    Semantan untuk menyelamatkan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail.
3. Tengah malam, mereka naik ke rumah pasung Temerloh. Daruk Bahaman membaca sesuatu lalu
    mata-mata yang berkawal terus tertidur.
4. Datuk Bahaman mengambil kunci di dalam laci meja lalu membebaskan tahanan. Ketiga-tiga
    mereka telah diseksa namun mereka tidak membocorkan rahsia tentang Datuk Bahaman.

BAB 8

1. Tengah hari, Rahman dan Awang Muhamad berkawal di kubu, Zahid dan Samad meronda di
    hujung kampung tempat bengkel membuat senapang.
2. Besi dan laras senapang yang dipesan oleh datuk Bahaman masih belum siap sepenuhnya kerana
    belum dibayar. Tukang-tukang besi juga tidak datang bekerja.
3. Ketika Zahid dan Samad keluar dari bengkel, tiba-tiba Pak Long Abas berlari dengan pakaian
    yang basah kuyup menuju ke rumah Datuk Bahaman. Datuk Bahaman membasahkan kepalanya
    lalu Pak Long Abas tersedar.
4. Pak Long Abas menceritakan peristiwa yang berlaku. Jika benar Ismail telah ditembak di sungai
    Semantan, itulah titik darah pertama di Semantan. Seterusnya, akan menjadi darah Desborough.
5. Imam Perang Weh, Datuk Panglima Raja, Zahid dan Samad menyokong Datuk Bahaman. Datuk
    Bahaman mengarahkan mereka bersiap untuk menentang Inggeris.

BAB 9

1. zahid dan rakan-rakannya berjaga di kubu Lubuk Senggarat. Bambu runcing sudah disediakan.
2. Datuk Bahaman datang ke kubu sambil memikul seutas rantai besi yang panjang bersama-sama
    dengan Imam Perang weh diiringi oleh Tuk Muda Bidin dan Datuk Panglima Raja.
3. Datuk Bahaman meletakkan rantai besi di bawah pokok Merbau Berdarah. Beliau memegang
    hujung rantai lalu terjun ke dalam lubuk untuk berenang ke seberang sungai. Hujung rantai
    diikat pada pangkal pokok jambu air.
4. Beliau berenang semua ke seberang untuk ikat hujung rantai sebelah lagi pada pohon Merbau
    Berdarah. Tuk Muda Bidin dan orang-orangnya menyerang rumah pasung lalu membunuh
    mata-mata Inggeris. senjata mereka dirampas.
5. Lajis memberitahu Desborough datang dengan 50 orang mata-mata Sikh. Sebuah perahu berkayuh
    ke hilir sungai dan ada mayat di dalamnya. Datuk Bahaman berbisik bahawa itu mayat Ismail.
6. 6 buah perahu bergerak untuk menangkap Datuk Bahaman hidup-hidup. senja tiba, semua perahu
    pun sampai termasuk Desborough.
7. Datuk bahaman menarik rantai besi hingga tegang lalu menyebabkan perahu-perahu itu terbalik -
    Desborough dan orang-orangnya tercampak ke dalam sungai.
8. Perang bermula. Bambu runcing bertaburan di tempat air berpusing. Beberapa orang mata-mata
    Sikh hilang diolak lubuk. Datk Bahaman terjun ke dalam sungai membawa keris panjang.
9. Malam itu, penduduk Semantan berkumpul di rumah Datuk Bahaman. Tuk Muda Bidin
    menyatakan bahawa mereka telah menang besar.

BAB 10

1. datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam perang Weh bawa 60 orang ke rumah
    pasung di Bentong malam itu juga. Mereka perlu mengalahkan Inggeris dan merampas senjata.
2. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Mat Lela akan ke Temerloh untuk mengambil mayat
    Ismail untuk dikebumikan di Semantan.
3. Zahid, Awang Muhamaddan Samad mengikut Datuk Bahaman ke Semantan manakala Rahman
    menolong Hassan Tahmid menghebohkan berita perang kepada orang ramai.
4. Selesai mesyuarat, Zahid dan rakan-rakannya termasuk Lajis mengikut Datuk Bahaman ke Kuala
    Semantan. Lajis memimpin mereka ke kedai kopinya.
5. Datuk Bahaman bergerak ke rumah pasung dan menidurkan mata-mata Sikh menggunakan
    bacaannya. Mayat Pak Uda Ismail dibawa ke perahu.
6. Datuk Bahaman dan Mat Lela masuk ke dalam lalu membunuh semua mata-mata Sikh dan
    merampas senapang dan peluru.

BAB 11

1. Terdapat 2 pasukan, satu diketuai oleh Datuk Bahaman dan satu lagi oleh Datuk Panglima Raja.
    Zahid dan rakan-rakannya menyertai pasukan Datuk Panglima Raja. Mereka ditugaskan meronda
    di luar kawasan bandar Kuala Semantan.
2. Mereka terserempak dengan 5 orang mata-mata Sikh sedang memasak roti. Seorang pemuda yang
    bawa senanapang terus menembak. 4 orang mati dan seorang berjaya lari.
3. Datuk Panglima Raja mengarahkan anak-anak buahnya membuat dan menghidangkan bubur
    gadung sebagai perangkap. Kemudian, mereka bersembunyi.
4. Datang 40 orang mata-mata Sikh dan 2 orang Inggeris lalu berebut-rebut memakan bubur itu. 2
    orang Inggeris tidak makan. Salah seorang lelaki Inggeris itu ialah Desborough.
5. Semua askar mula mabukdan kepanasan. mereka terjun ke dalam sungai dan hilang dibawa arus.
    2 orang Inggeris pula melarikan diri.

BAB 12

1. 2 -3 minggu keadaan di Semantan agak tenang. Datuk Panglima Raja membawa 100 orang ke\
    Batu Hampar.
2. 200 orang berkubu di Pasir Tuk Anjang diketuai oleh Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin,
    Zahid, Mat Lela dan Tuk Selampit berkawal di Lubuk Senggarat.
3. Desborough tiba dengan 50 mata-mata Inggeris dan 300 orang askar sultan yang diketuai oleh
    Tengku Ali.
4. Menjelang senja, perahu-perahu Inggeris tiba tetapi tiada askar sultan. Datuk Bahaman
    menggunakan taktik rantai besi. Perahu Desborough terbalik dan mereka tercampak ke dalam
    sungai. Pengikut-pengikut yang ada di Lubuk Senggarat menyerang.
5. Askar sultan sultan terselamat kerana berpatah balik dan Clifford tidak gembira dengan situasi itu.
    Dia menganggap sultan sudah ada perjanjian dengan Datuk Bahaman kerana tiada askar sultan
    yang cedera.
6. Clifford ugut akan buang sultan ke pulau di lautan Hindi jika tidak sungguh-sungguh. Roger sangat
    marah kepada Datuk Bahaman lalu membawa sultan dan Tengku Ali ke Semantan.
7. Mat Kilau mencadangkan agar Datuk Bahaman mengadakan rundingan.

BAB 13

1. Kedatangan Roger disambut oleh penduduk Semantan dengan kelam-kabut. Datk Bahaman
    mengarahkan Hassan Tahmid memindahkan semua orang perempuan, kanak-kanak dan orang tua
    ke Darat Kelubi.
2. Datuk Panglima Raja, Imam Perang Weh dan Tuk Selampit berkubu di Pasir Tuk Anjang - dekat 
    dengan Darat Kelubi dan senang larikan diri. Tuk Selampit mahu menyumpit askar Inggeris namun
    diberi amaran oleh datuk Bahaman. Hanya boleh menyumpit Rodger jika tiada sultan di sebelah.
3. Malam, Datuk Bahaman pulang ke kubu selepas berunding. Beliau memberitahu bahawa sultan
    menyokong perjuangan mereka tetapi dalam dilema. Baginda mahu perjuangan esok jadi
    penghabisannya.
4. Selepas itu, datuk Bahaman dan pengikut perlu letak senjata dan hidup seperti biasa. Sultan akan
    ampunkan mereka dan serah pangkat serta kuasa Datuk Bahaman semula.
5. Sultan berjanji semasa perang, askar-askar sultan akan naik ke darat dan pura-pura berperang.
    Pengikut Datuk Bahaman juga perlu menembak ke udara.

BAB 14

1. Perang antara pengikut Datuk Bahaman dan askar sultan bermula di Pasir Tuk Anjang. Pengikut
    Datuk Bahaman menembak ke udara sahaja. Keadaan jadi riuh apabila Mat Lela terkena tembakan
    di paha dan Awang Muhamad terkena di dada. Bahu Datuk Panglima Raja yang mengamuk juga
    cedera ditembak askar sultan.
2.Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri.
    Ketua askar sultan menikam perut mereka.
3. Penduduk Semantan berundur ke Darat Kelubi, Askar sulatn bersorak kemenangan. Rodger
    mengucapkan tahniah dan menyangka Datuk Bahaman mungkin telah mati.
4. Mat Kilau datang membawa surat pengampunan beramai-ramai. Hassan Tahmid membaca perintah
    Sultan Ahmad. Semua diampunkan kecuali Datuk Bahaman.
5. Seminggu kemudian, askar sultan diketuai orang lain datang ke Lubuk Terua mencari Datuk
    Bahaman. oleh sebab tidak berjumpa, mereka membakar rumah orang kampung.
6. Orang-orang muda, tua, perempuan dan kanak-kanak ditembak mati dan dibakar hangus. Datuk
    Bahaman berpatah balik lalu membunuh askar-askar Inggeris.
7. Datuk Bahaman mudik ke Sungai Tembeling dan bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.

15 comments: