Blogroll

SB : SINOPSIS SETIAP BAB


BAB 1 - KISAH DI KEDAI KOPERASI

1. Harun, Swee Lan dan Saridevi yang belajar di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sedang bertugas di koperasi sekolah.
2. Cikgu Zulkifli datang membawa surat jemputan Mesyuarat Lembaga Pengarah KOperasi kali pertama.
3. Noerlela sebagai pembantu kedai koperasi turut dijemput untuk hadir.


BAB 2 - MESYUARAT MELAKSANAKAN HARAPAN

1. Mesyuarat dipengerusikan oleh pengetua, Cikgu Syamsudin. Razali dilantik menjadi penolong setiausaha untuk membantu Cikgu zulkifli.
2. Cikgu Zulkifli membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan mengemukakan 3 usul.
3. Koperasi perlu menternak ayam telur, menjual barangan keperluan sekolah dan barang-barang makanan serta menubuhkan sebuah bilik bacaan.
4. Semua usul telah diterima oleh ahli-ahli lembaga pengarah.


BAB 3 - PERJANJIAN MEMBALAS DENDAM

1. Munir tidak senang dengan pelantikan Razali dan dia berasa agak kesal kerana Leong dan Silvam tidak membantunya untuk menang.
2. Mereka bertiga terlihat Ramlah sedang membantu Razali membuat minit mesyuarat di koperasi.
3. Munir menyindir Razali lalu Ramlah menengkingnya. Mereka bertiga terus keluar dari koperasi.


BAB 4 - PERSIAPAN KEDAI KOPERASI

1. Swee Lan memberitahu kepada cikgu Zulkifli bahawa Munir, Leong dan Silvam telah ponteng bertugas di koperasi padahal hari itu giliran mereka untuk bertugas.
2. Cikgu Zulkifli berasa kecewa dan berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut.
3. Razali menyerahkan senarai barang yang perlu dibeli dari kedai ayah Swee Lan serta bahan bacaan dan majalah yang akan dibeli di kedai buku Indera Store.


BAB 5 - CITA-CITA DAN HARAPAN

1. Munir memberi surat cinta kepada Ramlah tetapi Ramlah tidak mahu menerimanya hingga Razali terpaksa masuk campur.
2. Ramlah menerangkan perkara yang berlaku kepada cikgu Zulkifli.
3. Cikgu Zulkifli memberitahu bahawa semua ahli koperasi perlu membersihkan reban ayam dan menghias bilik bacaan.
4. Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi, Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah Malaysia datang melawat koperasi sekolah.
5. Cikgu Zulkifli berpesan supaya semua ahli lembaga pengarah datang pada petang esok.


BAB 6 - PERSIAPAN

1. Cikgu Rabeah meminta Cikgu Zulkifli menasihati Munir.
2. Cikgu Zulkifli menasihati Munir supaya tidak ponteng bertugas dan menjaga kedudukannya sebagai ahli lembaga koperasi sekolah.
3. Munir juga dinasihatkan agar tidak mengganggu Ramlah lagi.


BAB 7 - SEMANGAT

1. Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi, Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah yang datang melawat telah memuji keadaan koperasi.
2. Beliau melawat tempat bangsal ternakan ayam telur dan bilik bacaan.
3. Usaha pihak koperasi menyediakan akhbar dan majalah di ruang itu diberi pujian.


BAB 8 - MEMPELAJARI ILMU PERDAGANGAN

1. Murid-murid Tingkatan 5C1 belajar subjek Perdagangan dengan oleh Cikgu Saiful.
2. Mereka menyalin nota pada papan tulis dan membuat soalan-soalan dalam buku Asas Perdagangan sebagai kerja rumah.
3. Ramlah menyatakan rancangannya bersama Saridevi dan Rozita untuk pergi ke rumah Razali bagi berbincang tentang topik penyata wang tunai yang disuruh oleh Cikgu Saiful.


BAB 9 - KERJA RUMAH

1. Razali mengajak kawan-kawannya belajar di pondok yang terletak di tengah sawah.
2. Mak Sopiah menghidangkan air kopi dan pisang goreng.
3. Razali menerangkan kaedah membuat penyata wang tunai kepada mereka sehingga benar-benar faham.


BAB 10 - PENGAKUAN

1. Masalah disiplin Munir dipanjangkan oleh cikgu Zulkifli kepada guru kaunseling sekolah, Cikgu Muniam.
2. mulanya Munir membantah dakwaan bahawa dia mengganggu murid-murid perempuan, namun dia akhirnya mengaku dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.


BAB 11 - MELEPASKAN DENDAM

1. Munir kecewa kerana tidak dapat berhubung dengan Ramlah. Begitu juga dengan Leong dan Silvam. Mereka tidak dapat berhubung dengan Swee Lan dan Saridevi.
2. Mereka nekad untuk mengajar Razali dengan memukulnya.
3. Razali dibantu oleh Ramlah, Saridevi dan Rozita tetapi dia meminta mereka merahsiakan perkara itu daripada ayah tirinya, Pak Zakaria.


BAB 12 - KASIH SEORANG IBU

1. Mak Sopiah terperanjat apabila melihat keadaan Razali yang kusut-masai dan dia membela Razali apabila dicemuh oleh Pak Zakaria.
2. Oleh itu, Razali lari ke pondok di tengah sawah.
3. Mak Sopiah membawa bengkang ubi kayu dan kopi panas utuk Razali. Razali bertanya tentang ayah kandungnya tetapi ibunya tidak mahu mengungkit sejarah silam.


BAB 13 - DENDAM MEMBAWA PADAH

1. Peristiwa Razali dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam diketahui oleh Cikgu Zulkifli.
2. Mereka berempat dibawa berjumpa di bilik pengetua dan Munir serta kawan-kawannya telah dirotan.
3. Mereka diberi amaran yang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah koperasi akan dilucutkan sekiranya mengulangi kesalahan.


BAB 14 - BERITA GEMBIRA

1. Cikgu Zulkifli membawa surat untuk Razali.
2. Razali terpilih untuk menyertai kursus koperasi bersama wakil koperasi dari seluruh Malaysia di Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya Selangor.
3. Mak Sopiah, Cikgu Zulkifli dan kawan-kawannya menghantar Razali menaiki bas.


BAB 15 - BUDI BAIK DIKENANG JUA

1. Razali dan peserta kursus diberikan taklimat tentang kepentingan penubuhan dan pengendalian koperasi.
2. Mereka melawat koperasi yang berjaya menubuhkan bangunan koperasi sendiri.
3. Mereka terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana dapat menyertai kursus tersebut.


BAB 16 - KESAN KUNJUNGAN

1. Razali diminta untuk menyampaikan laporan tentang program yang dihadirinya
2. Cikgu Syamasudin memaklumkan bahawa ANGKASA mengadakan pertandingan untuk memilih koperasi yang maju, berjaya dan baik pentadbirannya pada tiap-tiap tahun.
3. Cadangan Swee Lan untuk menyertai pertandingan tersebut mendapat sokongan.


BAB 17 - SEMAKIN  JAUH TERBANG BURUNG

1. Semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menguruskan projek secara bergilir-gilir.
2. Cikgu Syamsudin meminta Marzuki memanggil Munir, Leong dan Silvam ke kedai koperasi.
3. Ketika di meja setiausaha, Munir terlihat anak kunci dan meneliti anak kunci tersebut. Dia meletakkannya semula ke atas meja dan berpura-pura menyusun barang berdekatan meja itu.
4. Munir yang masih marah akan Razali nekad akan mengenakannnya.


BAB 18 - MALANG TIDAK DIDUGA

1. Satu lembaga hitam memanjat pintu pagar sekolah dan menuju ke arah koperasi.
2. lembaga itu membuka pintu kedai koperasi dengan menggunakan anak kunci.
3. Esoknya, sekolah gempar kerana koperasi telah dipecah masuk. Selain barang-barang berselerak, wang dalam laci sebanyak RM200 turut lesap.
4. Razali dan kawan-kawannya melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli dan Cikgu Rabeah.
5. Cikgu Zulkifli meminta Cikgu Rabeah melaporkan hal itu kepada pengetua. beliau kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak polis.


BAB 19 - MISTERI KEDAI KOPERASI

1. Dua orang anggota polis datang ke koperasi untuk melakukan siasatan.
2. mereka mendapati tiada kesan pencerobohan kerana pintu, dinding, tingkap dan atap tidak rosak.
3. Pihak polis membawa Razali dan Cikgu Zulkifli ke balai polis kerana mereka yang ada memegang anak kunci.
4. Pihak sekolah sepakat akan melakukan siasatan terhadap perkara tersebut untuk mencari penceroboh yang sebenar.


BAB 20 - TINDAKAN AYAH TIRI

1. Munir dan Leong memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali telah menceroboh koperasi.
2. Razali telah dimarahi Pak Zakaria apabila tiba di rumah. Mak Sopiah membela razali.
3. Pak Zakaria menghalau Razali keluar dari rumah lalu diikuti oleh Mak Sopiah.
4. Pak Zakira terdiam lantas mencapai basikal lalu lalu meninggalkan rumahnya tergesa-gesa untuk ke pekan.


BAB 21 - HIDUP YANG DIRUNDUNG MALANG

1. Razali berada di pondok di tengah sawah dan termenung memikirkan nasib dirinya.
2. Mak Sopiah memujuk Razali agar pulang ke rumah untuk menunaikan solat maghrib.
3. Razali bertanya tentang ayah kandungnya lagi namun Mak Sopiah tetap mahu merahsiakan perkara tersebut.


BAB 22 - MISTERI BERAKHIR

1. Pencerobohan koperasi sekolah berlaku kali kedua.
2. Pengetua bersetuju untuk mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap semua murid pada pagi itu.
3. Penegtua mengumumkan bahawa penceroboh kedai koperasi telah berjaya ditangkap.
4. Cikgu Khalid menjumpai anak kunci dan sehelai wang kertas RM10 yang bertanda dengan huruf "K" di dalam beg kepunyaan Munir.


BAB 23 - HUKUMAN

1. Munir akan dirotan sebanyak 3 kali di khalayak ramai di tapak perhimpunan dan akan digantung persekolahan selama seminggu.
2. Cikgu Maniam meminta Munir berdiri di hadapan semasa perhimpunan untuk menjalani hukuman.
3. Sebelum itu, Munir telah menghampiri Razali lalu memohon maaf atas perbuatannya. Razali memaafkan Munir.
4. Semua murid dan guru rasa terharu dengan peristiwa tersebut.


BAB 24 - MEMASUKI DUNIA BAHARU

1. Munir menemui Razali dan keluarganya di rumah untuk memohon maaf dan menyatakan kekesalannya merosakkan nama baik Razali.
2. Munir juga menyatakan kebimbangannya tidak dapat belajar seperti biasa selama seminggu kerana dihukum.
3. Munir rasa gembira apabila Razali berjanji mahu membantunya.
4. Munir rasa dia telah menjadi orang yang haharu dan telah mendapat seorang sahabat yang baharu.


BAB 25 - HARAPAN BERBUNGA INDAH

1. Munir kembali ke sekolah selepas seminggu. Pada hari tiu juga, 3 orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA  datang utnuk membuat penilaian.
2. Perhimpunan pagi itu sungguh bermakna kerana turut dihadiri Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlisdan ibu bapa ahli lembaga koperasi sekolah.
3. SMTPSK diumukan sebagai pemenang dan Razali tampil menerima piala sumbangan pihak ANGKASA.
4. Mak Sopiah dan seorang lelaki tua telah bertemu dan lelaki itu ialah Pak Ramli, ayah kepada Ramlah.
5. Pak Zakaria juga kehairanan melihat lelaki itu.
6. Cikgu Syamsudin mengajak mereka bertiga masuk ke dalam biliknya bersama Tuan Pengarah.


BAB 26 - TERBUKA RAHSIA

1. Pak Ramli menyatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Dia berkata bahawa dia telah meninggalkan Mak Sopiah bersama seorang anak lelaki.
2. Cikgu Syamsudin meminta pembantu pejabat memanggil Razali dan Ramlah. Belaiu menyatakan bahawa hari itu hari yang bersejarah buat Razali.
3. Selain mendapat piala kemenangan, Razali bertemu dengan ayah kandungnya.
4. Semua yang berada di situ tersenyum riang.


0 comments:

Post a Comment