BINAAN PLOT
Permulaan - Pada permulaan cerita, para pembaca diperkenalkan dengan situasi kehidupan ahli lembaga pengarah di koperasi. Kemudian, Cikgu Zulkifli menyerahkan surat kepada ahli-ahli yang bertugas dan menyatakan tentang mesyuarat yang akan diadakan pada petang itu.
Perkembangan - Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama dipengerusikan oleh pengetua sekolah, iaitu Cikgu Syamsudin. Pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri, iaitu Encik Sulaiman juga hadir. Sebanyak sebelas orang murid dilantik sebagai ahli lembaga pengarah bersama-sama dengan empat orang guru. Razali pula terpilih sebagai penolong setiausaha koperasi sekolah bagi membantu cikgu Zulkifli yang menjadi setiausaha kedai koperasi sekolah itu.
Perumitan / Konflik - Munir tidak berpuas hati dengan jawatan Razali. Munir juga cemburu kerana Ramlah lebih rapat dengan Razali. Sikap Munir yang selalu ponteng ketika bertugas dan gangguannya terhadap murid-murid perempuan ditegur oleh Cikgu Zulkifli. Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam kerana terdapat aduan tentang disiplinnya. Cikgu Muniam dan Cikgu Zulkifli mencuba untuk menasihatinya dan Munir mengaku bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahannya lagi. Dia telah memukul Razali bersama-sama Leong dan Silvam. Tetapi Munir masih lagi berdendam dengan Razali kerana menyangka Razali yang melaporkan perbuatannya. dia nekad mengenakan Razali lagi walaupun tidak disokong oleh Loeng dan Selvam.
Klimaks - Pada peringkat klimaks cerita, Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan digemparkan dengan pencerobohan koperasi. Munir, Silvam, dan Leong menuduh Razali kerana dia seorang sahaja yang mempunyai kunci koperasi. Kemudian, guru-guru ahli lembaga pengarah mencuba untuk memerangkap penceroboh dengan meninggalkan duit RM10 yang bertanda huruf ‘K’. Apabila koperasi diceroboh lagi, pihak sekolah membuat pemeriksaan mengejut. Akhirnya, Munir ditangkap kerana mencuri duit yang bertanda itu dengan kunci yang mempunyai nombor yang sama dengan kunci koperasi.
Penurunan - Munir dirotan dan digantung persekolahan kerana menceroboh dan mencuri wang koperasi. Munir memohon maaf kepada Razali. Munir juga bertemu dengan Pak Zakaria untuk memohon maaf. Razali dan Munir akhirnya berkawan baik.
Peleraian - Pada hari yang sama Munir kembali ke sekolah, Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan diumumkan sebagai johan pertandingan anjuran ANGKASA. Pak Ramli yang berada di sekolah pada hari itu telah bertemu dengan Mak Sopiah secara tidak sengaja. Pertemuan itu telah menemukan Razali dengan ayah kandungnya, Pak Ramli iaitu ayah kandung kepada Ramlah juga.
TEKNIK PLOT
TEKNIK PLOT |
CONTOH |
Dialog |
“Eh, surat apa ni?” tanya Ramlah dengan terperanjat.“Ambillah!” desak Munir.“ Tak maulah!” kata Ramlah seperti ketakutan. |
Pemerian |
Rumah di pinggir sawah itu sesungguhnya amat damai dan mententeramkan perasaan. Sawah luas terbentang, padi subur menghijau. Angin bertiup lembut, daun padi kelihatan berombakombak di tengah-tengah petak. |
Monolog Dalaman |
“Oh, sungguh malang nasibku!” keluh Razali dalam hatinya. “Mengapalah aku difitnah begini? Ayah, di manakah ayah? Tolonglah anakmu ini.” Razali menyandarkan kepalanya pada tiang pokok. |
Monolog Luaran |
“Akan kuajar budak tu cukup-cukup,” gerutu Pak Zakaria sambil mempercepat langkah menuju ke rumahnya. |
Saspens |
Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh lembaga hitam yang memanjat pintu pagar Sekolah. Contohnya : Ketika itu, lebaga berwarna hitam kelihatan memanjat pintu pagar Sekolah menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Lembaga itu berlari menuju ke arah koperasi sekolah. |
Imbas Muka |
Sesungguhnya, Razali itulah tempat dia mencurahkan kasih dan bergantung hidup pada masa hadapan. |
Imbas Kembali |
Pak Ramli mengimbas kembali waktu dia bercerai dengan Mak sopiah. Pada waktu itu, umur Razali setahun dan Pak Ramli pada masa itu bekerja sebagai tentera di Seremban. |
Kejutan |
Warga sekolah dikejutkan dengan kejadian pencerobohan kedai koperasi sekolah. Barang-barang berselerak di atas lantai. Wang di dalam laci sebanyak RM200 juga hilang. Razali, Harun, Rozita dan Marzuki melaporkan peristiwa itu kepada cikgu zulkifli dan Cikgu Robeah. |
0 comments:
Post a Comment