Blogroll

DTDS : WATAK DAN PERWATAKAN



WATAK DAN PERWATAKAN


1. Datuk Bahaman (Watak utama)


• Orang Kaya Semantan
• Anak bongsunya ialah Awang Muhammad dan anak sulungnya ialah Mat Lela
• Bersikap sabar
• Bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu
• Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi
• Tidak mementingkan pangkat dan gelaran
• Mementingkan kebajikan rakyat
• Berpegang pada janji
• Baik hati
• Berani


2. Zahid


• Zahid digambarkan seorang yang pandai menentang musuh apabila dia membaling bambu runcing yang betul-betul mengenai belakang seorang mata-mata Inggeris
• Berpegang pada ajaran agama
• Bersemangat juang yang tinggi
• Zahid seorang yang berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mengganggu Kak Minah
• Zahid seorang yang bertanggungjawab kerana sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan
• Zahid penyayang
• Zahid mementingkan semangat setia kawan
• Zahid mempunyai sikap belas kasihan


3. Samad


• Rakan Zahid, Rahman, dan Awang Muhammad
• Samad pernah ditangkap oleh Inggeris ketika membawa rotan ke Batu Hampar
• Seorang yang berani kerana tidak takut untuk berjuang
• Samad seorang yang pandai menyimpan rahsia apabila dia berpura-pura macam budak bodoh ketika Inggeris menyuruhnya menceritakan perkara yang sebenar
• Mempunyai semangat bekerjasama
• Seorang yang bertanggungjawab


4. Mat Lela


• Umurnya baru hendak meningkat ke-30 tahun
• Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad
• Terkena tembakan di paha akibat diserang oleh askar sultan tetapi berjaya diselamatkan
• Mat Lela sangat benci akan Inggeris
• Seorang yang berfikiran terbuka apabila bersetuju dengan cadangan Datuk Bahaman supaya berjuang menggunakan akal fikiran
• Mat Lela suka berterus terang

5. Awang Muhammad

• bertindak secara rasional
• bersikap berani dan kental
• bersemangat patriotik yang tinggi
• Patuh akan arahan ketua
• Bersemangat setia kawan 


0 comments:

Post a Comment