Blogroll

DTDS : NILAI DAN PENGAJARAN



NILAI

Kerjasama – Zahid dan rakan-rakannya seperti Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk Sengarat. Mereka juga bekersama mengawal kampung daripada gangguan orang luar.

Keberanian – Datuk Bahaman dan penduduk kampung Lubuk Terua berani menghadapi Inggeris walaupun mereka kekurangan senjata dan pengalaman.

Patriotisme – Datuk Bahaman dan penduduk kampung sanggup berkorban demi menyelamatkan tanah air daripada terus dijajah oleh Inggeris.

Kebijaksanaan – Datuk Bahaman bijak menggunakan rantai yang direntang di antara dua tebing untuk memerangkap mata-mata Inggeris yang menaiki sampan di sungai itu.

Hemah tinggi - Zahid sangat menghormati dan menghargai nasihat ibunya sebelum pergi berjuang bersamapahlawan-pahlawan Semantan yang lain.

Rasional - Datuk Bahaman menegah anak buahnya menyerang dan membunuh pengikut-pengikut raja kerana perbuatan itu hanya akan menjatuhkan maruah sultan mereka.

Kejujuran - Datuk Bahaman sangat berpegang teguh pada janjinya dengan sultan dan melarang anak-anak buahnya menembak askar sultan.

Kebersihan fizikal dan mental - Penduduk kampung menunaikan solat beramai-ramai di masjid sebelum bermesyuarat tentang pencerobohan Inggeris di kampung mereka. 





PENGAJARAN


1. Kita hendaklah bekerjasama untuk menjayakan sesuatu pekerjaan.
2. Kita perlulah berani menentang penjajah.
3. Kita mestilah berjiwa patriotisme.
4. Kita hendaklah patuh akan pemimpin.

5. Kita hendaklah bersikap manah dan berpegang teguh pada janji.

0 comments:

Post a Comment