Blogroll

Monday, July 14, 2025

SPM NOVEL : TEMA DALAM DI SEBALIK DINARA DAN SILIR DAKSINA

BY Eppy Sensei IN , , , No comments



    Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor dan Silir Daksina karya Nizar Parman. Kedua-dua novel ini mempunyai tema yang tesendiri.

       Tema novel Di Sebalik Dinara ialah 
penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih sehingga boleh menguasai pemikiran manusia. Dalam novel ini, tema ini dapat dilihat dengan jelas menerusi watak Karl yang menyiksa Rusmina hingga menjadi cacat dan menukarkannya menjadi robot bernama Alia. Peristiwa ini menunjukkan ketaaksuban manusia dengan penciptaan teknologi hingga sanggup melakukan pelbagai kejahatan terhadap orang lain. 

        Tema novel Silir Daksina pula ialah kekeluargaan. Tema ini banyak ditunjukkan melalui watak Haiqal yang mengalami konflik keluarga berpunca daripada penceraian ibu bapanya yang menyebabkan dia terpisah daripada ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa. Peristiwa ini menunjukkan penekanan terhadap hubungan kekeluargaan dalam cerita.
 

0 comments:

Post a Comment