Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor dan Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak utamanya ialah Farisha dan Haiqal. Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan konflik dihadapi oleh watak utama dalam novel-novel ini.
Dalam novel Di Sebalik Dinara, konflik berlaku apabila Farisha jatuh sakit semasa menjalankan projek di Soft Lab. Akibatnya, dia telah digantikan oleh Shida. Keadaan menjadi sukar buat Farisha apabila teman baiknya, Shida mengalami kejutan ketika Karl memasuki tubuhnya. Peristiwa ini jelas menunjukkan konflik yang membawa pengakhiran yang sukar dan menyebabkan trauma.
Dalam novel Silir Daksina pula, konflik berlaku apabila Haiqal ingin menjejaki kehidupan ayah kandungnya namun ditentang oleh Umi. Umi mengugut tidak akan memberikan duit perbelanjaan kepada Haiqal dan tidak merestui hasrat anaknya itu. Peristiwa ini jelas menunjukkan konflik yang dihadapi seorang anak atas tindakan ibunya.
0 comments:
Post a Comment