CONTOH JAWAPAN
Belakangan ini, virus COVID-19 semakin menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antara puncanya ialah rakyat Malaysia masih melanggar perintah berkurung yang telah ditetapkan. Hal ini dikatakan demikian kerana segelintir masyarakat masih keluar dari rumah tanpa keperluan mendesak. Selain itu, kes jangkitan semakin meningkat kerana masyarakat tidak mengamalkan langkah pencegahan seperti penjarakan fizikal. Perkara ini masih sukar direalisasikan di sekolah-sekolah kerana pelajar tidak mengendahkannya. Akhir sekali, peningkatan jumlah kes turut disebabkan oleh sikap penting diri pelanggan yang membuat penipuan data semasa mengisi maklumat diri. Mereka menulis nama dan nombor telefon palsu yang menyebabkan proses pengesanan kontak rapat sukar dilakukan. Kesimpulannya, masyarakat haruslah bergerak sederap dan senada dengan saranan kerajaan supaya penularan virus ini dapat dibendung.
tq
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Membantu dlm pembelajaran.
ReplyDelete