Nik Safiah Karim et al. (2010:339) mendefinisikan sintaksis sebagai bidang
ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis
bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa
yang mendasari kaedah penggabungan dan penyususnan perkataan atau kelompok
perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Bidang sintaksis membincangkan unsur
utama ayat yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya, serta
pembahagian subjek dan predikat.
LATIHAN
Tukarkan petikan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah. Taip jawapan anda pada ruangan chat Telegram guru BM masing-masing untuk menghantar tugasan.
William : Sudahkah kalian menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu Azman?
Yusuf : Belum, saya sedang mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan robot itu.
Siva : Wah, kamu hendak menghasilkan robot? Projek kamu sangat hebat! Saya membuat rumah menggunakan penyedut minuman terpakai.
William : Projek kamu juga hebat, Siva! Saya belum mendapat idea tentang projek saya. Nampaknya, saya sudah ketinggalan.
Yusuf : Jangan bersedih, William. Kami akan bantu kamu.
Siva : Saya bersetuju! Kita boleh memikirkannya bersama-sama.
William : Terima kasih, kawan-kawan.
HANTAR
t.me/eppyzastt.me/wannoraznitat.me/suhana72
0 comments:
Post a Comment