TATACARA MENANGANI COVID-19 SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH PADA 15 JULAI 2020 (RABU)
1. PAKAIAN - Pelajar datang ke sekolah pada hari rabu (15 Julai 2020) dengan memakai Baju Unit Beruniform masing-masing. Pelajar dibenarkan memakai baju KRMJ pada hari selasa dan baju uniform sekolah lengkap untuk hari-hari lain. BAJU KOKU (t-shirt PJ) dan BAJU RUMAH SUKAN adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
2. KEHADIRAN - Hanya pelajar yang sihat sahaja dibenarkan berada di sekolah iaitu SUHU BADAN DI BAWAH 37.5°C. Jika suhu badan pelajar lebih daripada suhu yang ditetapkan, pelajar akan diasingkan dan guru akan menghubungi penjaga untuk tindakan lanjut.
3. PEMATUHAN SOP - Istilah KITA JAGA KITA perlu difikirkan sendiri oleh pelajar. Pihak sekolah sudah mengikut dan mematuhi segala SOP yang disediakan oleh KPM. Pelajar hanya perlu mematuhi sahaja segala tuntutan SOP yang telah dibuat.
- Jaga jarak anda
- Jika bergejala - wajib pakai pelitup muka
- Sentiasa cuci tangan dengan air dan sabun
- Gunakan pensanitasi tangan
Hanya pelajar yang bergejala dan berimuniti rendah sahaja DIWAJIBKAN memakai pelitup muka manakala pelajar yang sihat DIGALAKKAN. Walaupun begitu, pelajar tidak dibenarkan memakai pelitup muka plastik dan pelitup muka berfesyen.
4. ALIRAN PERGERAKAN PELAJAR SESI PETANG
A. Bacaan suhu badan pelajar akan diambil di pagar masuk sekolah dan akan dicatat dalam fail kedatangan pelajar.
B. Pelajar Islam akan terus bergerak ke surau sekolah untuk menunaikan solat zuhur (kelengkapan solat tidak disediakan), manakala pelajar bukan Islam akan berkumpul di 3 kawasan iaitu :
- ASTAKA - Tingkatan 1
- SANGGAR ILMU - Tingkatan 2
- WAKAF KASIH - 2 Arif dan 2 Adil
C. Pelajar akan bergerak ke kawasan berkumpul dengan mengikut laluan pejalan kaki, kecuali pelajar bukan Islam 2 Arif dan 2 Adil dibenarkan melalui laluan kantin sekolah.
D. Pelajar akan rehat pada pukul 3.30 hingga 3.50 petang. Beberapa perkara penting yang perlu dipatuhi oleh pelajar berkenaan SOP semasa waktu rehat;
- Pelajar makan di tempat duduk masing-masing di dalam kelas masing-masing
- Makanan akan dihantar ke kelas oleh pengusaha kantin bagi pelajar yang membuat tempahan makanan sahaja. Tiada jualan langsung akan diadakan.
- Guru tingkatan akan rehat bersama pelajar setiap hari di dalam kelas
- Sila bawa air minuman, sudu dan garfu sendiri
- Pelajar amat digalakkan untuk membawa bekalan makanan sendiri
- Air dan cecair sabun untuk mencuci tangan disediakan di luar kelas.
- Buang sampah ke dalam tong sampah disediakan.
E. Pelajar Islam akan solat Asar mulai jam 6.20 petang. Pelajar bukan Islam yang berkumpul di Astaka dan Sanggar Ilmu mesti berkumpul di tempat duduk yang sama seperti pada waktu tengah hari. Pelajar bukan Islam 2 Arif dan 2 Adil berkumpul di Wakaf Kasih.
5. SOP LAIN OLEH PIHAK SEKOLAH
- Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
noted
ReplyDeleteOK cg Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih cg.
ReplyDelete