NILAI
1. Bekerjasama – Ahli lembaga pengarah berkerjasama untuk membersihkan tempat pemeliharaan ayam, mengemaskan kedai koperasi, dan bilik bacaan untuk Pertandingan Koperasi.
2. Kasih sayang – Ibu Razali, Mak Sopiah amat menyayangi anaknya sehingga jika Razali dihalau dari rumah, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah.
3. Kejujuran – Razali dengan jujur menyatakan alibinya ketika disoal siasat oleh polis.
4. Amanah – Cikgu Robeah memegang duit koperasi dengan amanah.
5. Tolong-menolong – Razali sanggup menolong Munir dalam pelajarannya semasa Munir dalam tempoh gantung persekolahan.
6. Keberanian - Ramlah menengking Munir, Leong dan Selvam yang menyindirnya sewaktu dia membantu Razali membuat minit mesyuarat di kedai koperasi.
7. Rasional - Saridevi percaya dan amat yakin bahawa Razali tidak bersalah dalam kes pencerobohan kedai koperasi sekolah mereka kerana Razali seorang yang jujur dan amanah.
PENGAJARAN
1. Kita haruslah bekerjasama untuk mencapai kejayaan.
2. Kita haruslah menyayangi anak kita.
3. Kita haruslah bersifat jujur.
4. Kita haruslah taat kepada ibu bapa.
5. Kita haruslah taat kepada guru-guru.
6. Kita haruslah saling bantu-membantu sesama sendiri.
7. Kita sewajarnya menghargai masa terluang dengan mengisinya dengan aktiviti berfaedah.
7. Kita hendaklah membuang sifat hasad dengki.
8. Kita tidak sewajarnya menyebarkan fitnah demi memburukkan nama orang lain.
0 comments:
Post a Comment