Blogroll

DTDS : BINAAN DAN TEKNIK PLOT


BINAAN PLOT


Permulaan – Lubuk Terua terletak di tebing Sungai Semantan. Di sini, tinggal penduduk kampung seperti Zahid, Rahman, Samad, dan Awang Muhammad. Mereka dipimpin oleh Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan.


Perkembangan – Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua agar bersedia menentang penjajah. Zahid dan rakanrakannya telah membina kubu di Pangkal Merbau Berdarah. Mereka juga menyediakan bambu runcing dan berlatih membaling buluh tersebut. 

Perumitan / konflik - Inggeris mula bertapak di Lubuk Terua dengan membina rumah pasung di tepi tebing. Datuk Bahaman ke Johor untuk berunding dengan Gabenor Singapura. Sementara itu, Kak Minah hampir dirogol oleh dua orang pemuda tempatan yang menjadi orang suruhan Inggeris. Datuk Bahaman meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak Inggeris telah mengadakan mesyuarat dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar. Mereka mahu menyerang Datuk Bahaman dan penduduk Semantan.


Klimaks – Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka setelah dipaksa oleh Hugh Clifford. Inggeris telah membunuh Pak Uda Ismail. Mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali akan mudik ke Semantan. Datuk Bahaman melarang Tuk Selampit menyumpit mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan. Askar-askar sultan mungkir janji. Mereka telah menembak Mat Lela, Awang Muhammad, dan pengikut Datuk Bahaman. Datuk Panglima Raja meminta Datuk Bahaman membalas serangan pihak Inggeris tetapi Datuk Bahaman tetap berpegang pada janjinya. Akibat terlalu marah terhadap tindakan Datuk Bahaman, Tuk Muda Bidin dan Imam Perah Weh telah menyerah diri tetapi mereka dibunuh oleh ketua askar sultan.


Peleraian – Banyak perajurit Semantan terkorban. Pihak Inggeris dan askar-askar sultan mencapai kemenangan. Penduduk Semantan diberikan pengampunan sultan kecuali Datuk Bahaman. Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan terus ke Kelantan atau Terengganu. Tuk Raja kurang berminat untuk menentang penjajah. Mata-mata Inggeris dan askar sultan yang diketuai oleh Wise mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua tetapi tidak dijumpai. Rumah penduduk tempatan dibakar dan terdapat penduduk yang mati ditembak. Khabarnya, Datuk Bahaman telah kembali di Lubuk Terua semula lalu membunuh mata-mata Inggeris. Selepas peristiwa itu, Zahid tidak berjumpa dengan Datuk Bahaman lagi.


TEKNIK PLOT

TEKNIK PLOT

CONTOH

Dialog

“Mengapa, mak?” tanya Samad.
“Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua,” jelas Mak Long Esah. (M/S 11)

Pemerian

Sewaktu membuka pintu hadapan pagi itu, kudapati hari baru terang-terang tanah. Masih kelam, tetapi burung-burung telah mula bernyanyi seolah-olah untuk mengingatkan kaumnya supaya segera bangun memburu rezeki. (M/S 13)

Monolog Dalaman

‘Pagi ini akan kami dalamkan lagi kubu itu,’fikirku lalu memandang pula ke sebelah hulu.

Monolog Luaran

“Datuk Bahaman tidak ada di Semantan,” bisik Tuk Muda Bidin seolah-olah kepada dirinya sendiri.
“Sukar juga hendak buat keputusan.” (M/S 33)

Saspens

Zahid dan kawan-kawannya terkejut apabila terdengar suara perempuan menjerit dari arah rumah Lajis. (M/S 39)

Imbas Muka

Datuk Bahaman mengingatkan anak-anak buahnya tentang musuh mereka yang diketuai oleh Desborough sendiri akan mudik ke Semantan. Oleh itu, mereka harus bersiap sedia untuk menghadapi perjuangan sulit itu. (M/S 117)

Imbas Kembali

Datuk Bahaman berasa sedih apabila tidak diberi pengampunan lalu mengingatkan Mat Kilau tentang janji sultan bahawa baginda akan mengampuninya pada pertemuan yang lalu di Pasir Tuk anjang. (M/S 144)

Kejutan

Zahid terkejut apabila askar-askar sultan belot dengan bertindak menembak Mat Lela dan Awang Muhammad. (M/S 138 – 139)

6 comments:

  1. translate(Permulaan)Lubuk Terua坐落在Sungai Semantan的岸边。在那里有许多居民,如Zahid, Rahman, Samad,和Awang Muhammad。那里的富人,Datuk Bahaman领导着他们

    ReplyDelete
  2. translate(perkembangan)Datuk Bahaman呼吁Lubuk Terua的居民反抗殖民者。Zahid和他的朋友在Pangkal Merbau Berdarah建立了堡垒。他们也准备了竹子长矛并且练习如何投掷长矛


    ReplyDelete
  3. translate(Perumitan / konflik)英国人通过建造障碍屋(laji翻译出来的),开始踏在TeruaLubuk Terua的土地。Datuk Bahaman和新加坡的州长在johor会面。与此同时,Kak Minah差点被2位成为英国人走狗的年轻人强奸。Datuk Bahaman请求Lajis和Rahmad成为在Kuala Semantan的间谍。英国人在Pulau Tawar举行了和sultan与大臣们的会议。他们想要攻击Datuk Bahaman和Semantan的居民

    ReplyDelete
  4. translate(Klimaks)Mat Kilau带来了关于苏丹被Hugh Clifford(休·克利福德)逼迫而宣告Datuk Bahaman是叛徒的消息。英国人杀了 Pak Uda Ismail。Tengku Ali带领着英国警察和苏丹的士兵回到Semantan。Datuk Bahaman禁止Tuk Selampit 攻击英国警察和苏丹的士兵。苏丹的士兵违反了承诺。他们攻击了射击了Mat Lela, Awang Muhammad和Datuk Bahaman追随者。Datuk Panglima Raja 要求反击英国人但是Datuk Bahamab还是坚持他的承诺。因对于Datuk Bahaman的行为过于愤怒,Tuk Muda Bidin和Imam Perah Weh投降了└( ̄  ̄└)(┘ ̄  ̄)┘,但是他们还是被苏丹士兵的首领杀了。

    ReplyDelete
  5. translate(peleraian)很多Semantan的战士都牺牲了。除了Datuk Bahaman,剩下的Semantan居民都被赦免了。Tuk Gajah回到了Sungai Tembeling然后会继续去Kelantan或者Terengganu。Tuk Raja减少了继续对抗英国人的意愿。Wise带领着英国警察和苏丹的士兵在Lubuk Terua寻找Datuk Bahaman,但是没成功找到。居民的房子被烧了,许多的居民也别射杀了。最后关于Datuk Bahaman的消息(可能吧,不确定),Datuk Bahaman 回到了Lubuk Terua如何杀了许多英国的警察。这件事以后,Zahid再也没见过Datuk Bahaman。

    ReplyDelete